Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Thursday, September 29, 2011

Alkisahnya Qamilia..

Salam,
Alkisahnye Qamila hari nie..buat abah terkaku kelu!

Lepas solat maghrib tadi, elok duk baring2 sambil main ngan Melia...tengah duk asyik tue Melia merangkak macam nak kedapur, abah biarkan sebab ada Bu' Lis kat balakang..Tau2 abah dengar Melia bising kat belakang, terus terpacak bangun tengok apa jadi..

Bapak tergamam kejap tengok Melia dah separuh tangga nak sampai tingkat atas!Patut la mulut bising, takut tak tahu nak turun balik la tuh..bertuah punya anak!tapi alhamdulillah la Melia tak jatuh.. Abah panggil mama tengok..lepas abah biarkan jer Melia naik sampai atas..abah standby kat belakang. Akhirnya dengan jayanya Melia memanjat sampai ketingkat atas!Kecoh satu rumah tadi..keh3..tapi lupa plak nak snap!sayang..

29.09.2011, jam 8.10 minit Melia buat pertama kalinya naik tangga sendiri dengan jayanya..Hahaha.. Nampak gaya selamat la tangga lepas nih..kena pagar! Melia..Melia..

Thursday, September 8, 2011

DUIT raya dari Jepun!

Ini bukan main2..canggih la Melia, dapat duit dari jepun..serius!
Semuanya gara2 benda alah nih..TQ pada cik puan Anum kite..anda memang hensem!

Sesape yang nak, boleh mintak kat sini..kenen2 la skit, Insyaallah dapat..cik puan Anum tue baik hati. Serius!hehe..
.
.
.
.
.
.
Pssst..sebetulnya duit tu gua tak dapat pun..sajer nak poyo lebih. tapi cik puan Anum kite cakap die serius nak kasi..eh!..betul kan?..;p

p/s: Btw, saya nak ucapkan selamat hari raya untuk semua SAHABAT!maafkan segala keterlanjuran...

Bila Lama Kena Tinggal...

Terbiar..semak..macam rumah takde penghuni, penuh ngan semak samun.


Tengok la rupa rumah Melia kat pinggiran USJ selepas lebih sebulan kena tinggal..lalang dah cecah dagu!Macam kebiasaan, sepanjang bulan puasa Melia, Abah Mama tak duk rumah, akan tidur kat rumah Atuk. Boleh berbuka n sahur sama2.. memang tiap2 tahun macam nih.

Rumah, kalau lama terbiar..ada makhluk lain yang menghuni.. apa yang abah ingat,pesanan orang2 tua, bila kita nak masuk/balik rumah yang lama kena tinggal tue baca la surah Yasin, paling tidak pun ayat Kursi. tapi sebenarnya banyak yang boleh kita amalkan, cuma abah jer yang tak pandai.

Malam semalam abah balik rumah dulu, balik buat apa yang sepatutnya..tak nak la terus2 balik rumah bawak Melia sekali. Takut jugak, budak2 kecik senang kenang "tegur"...sekadar beringat..

p/s:
Lepas keluar dari hospital tempoh hari, Melia alhamdulillah sihat..masuk raya ke-3, Melia start demam balik..sampai la hari ni (syawal ke-10) masih lagi belum baik..demamnya on n off...
Dah berapa kali pegi hospital..doktor kata ok,darah ok,tapi demam tinggi..39.3c.
Dah bawak pergi jumpa ustaz kat darul syifa..ada yang "tegur" ni katanya..
Orang tua pulak cakap, budak memang cenggitu..nak ringankan badan..nak dapat ilmu baru tue..
Abah ngan Mama taknak risau sangat..take care sebaik mungkin, just continue ubat yang doktor kasi n air penawar yang ustaz kasi. Insyallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...