Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"
Showing posts with label Aqiqah. Show all posts
Showing posts with label Aqiqah. Show all posts

Monday, April 18, 2011

|Galeri Melia| Album Aqiqah...


Aduui... lamanya nak siap album aqiqah Melia nie, majlisnya hujung bulan 1 hari tue...ini masuk bulan 4 baru siap.. tapi Melia jangan risau, hasil die memang terbaek!abah suka. Dulu masa abah kawin, album biasa2 jer...memang kalah lah!

Meh abah criter sikit perihal nak dapatkan photographer untuk majlis aqiqah Melia nie. Mula2 tue, ingat nak shoot sendiri jer...tapi bila fikir balik, awak la yang nak shoot... awak la nak dukung anak...awak la nak layan tetamu. Mana nak dan! Kelam kabut jugak la abah nak cari orang last2 minute macam tue. Abah call man, hampa...abah call wak, hmm pegi bali pulak..abah call syirin, kawan die pulak tak available. Last2 teringat kat kawan opis abah, brother azi...terus call, alhamdulillah die on..(yang dekat ade, sibuk cari org jauh!hampeh betul abah nie..). So, inilah hasil kerja tangan uncle Azi...terbaek dari ladang la...

Wednesday, February 9, 2011

|Galeri Melia| Majlis Aqiqah & Cukur Jambul


Macam yang Abah janji hari tue, refer sini..kali nie Abah nak kongsi petik detik majlis aqiqah dan juga cukur jambul Melia.. layannnnn ZASS! enjoy the moment... sila click read more

Saturday, January 29, 2011

Selesai Sudah Majlis Aqiqah Melia!

Gaun yang Melia Pakai waktu Majlis-from korea!
Alhamdulillah...Selesai sudah majlis Aqiqah dan Cukur Cambul Melia. Majlis bermula lebih kurang jam 12 tgh hari, bermula dengan bacaan marhaban daripada kumpulan marhaban Masjid Ubuddiah seksyen 19. Kemudian terus dengan adat mencukur jambul rambut Melia. Melia memang tak kisah dah, dia tidur jer.. langsung tak pedulikan orang, orang nak berzanji ker...orang nak azan sebelah telinga ker... tidur dari start marhaban sampai habis adat cukur rambut.

Bila hitung hari nya, hari ni genap 40 hari Melia. Memang ngam2 mama-nya habis pantang. Suka mama! boleh la mama mintak dibawa berjalan-jalan lepas nie.

Jam 12.30 tgh hari tetamu dah mula sampai, biasa la waktu-waktu macam nie orang kenduri kan. Terima kasih pada saudara-saudara Melia yang sudi datang walaupun sekejap, juga thanks juga pada kawan-kawan abah dan mama yang datang. Eh! Melia tido lagi. Betul! lama betul Melia tidur hari nie..bangun pun bangun-bangun ayam jer (eh! ada ker bangun2 ayam?hahaha). Kalau tak silap, Melia start bangun jam 6 petang gitu la.. pandai pulak Melia cari time nak bangun. orang dah balik baru la Melia nak bukak mata. Huh!AnakAbah pandai...

Tapi sayang, pakcik makcik Melia yang kat kelantan tak dapat nak datang... Mak Long melia jer yang datang, thanks ya Mak Long. Pak lang ngan Mak Su ada excused la tapi Pak Uda... memang sadis! beriya-iya  cakap pagi-pagi lagi akan sampai rumah. Sampai petang, bayang Pak Uda pun tak nampak. Pak Uda Memang SADIS!!

Ok la, untuk next post Abah akan load'kan gambar-gambar Majlis Aqiqah Melia. Wassalam.


P/S: Alhamdulillah masakan untuk 800 orang tetamu habis!xpayah nak sumbat2 dalam peti ais tue...
P/Ss: Thanks Acik Ijal dah sponsor gaun Melia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...