"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"
Abah lupa yang abah janji nak up'kan gambar masa sambut birthday pertama Melia pada malam 17 December 2011 lepas. Ari nie dah 2 Jun 2012..dah 6 bulan dah!hehehe..sorry la, abah Melia kan selalu perasan sibuk.
Seperti yang abah cerita dulu, boleh check post dulu kat sini, cuma gambar sebelum dah selepas majlis je yang sempat ambil, jangan marah abah ye sayang..marah mama. Abah kat luar..mama yang kat dalam rumah time tiup lilin tuh. Ma, jawap la yer..
Air Tangan MAMA - Apam pokkadot & Red Velvet cake
Pssst..ini percubaan pertama mama buat Red Velvet nih, dan semua puji cakap sedap. sampai sikit pun tak tinggal kat abah..sedih!
Red Velvet siap disapu cream..eh!betulke org pgil cream ma??
kawan2 dah balik..time buka hadiah.
Antaranye...biase la, paling banyak bear & baju
Melia sekarang: bile tgk bear, "beeibi..beeibi"..bile tgk gaun, "shaaanntik!"
Abah: <----1st time sambut besday umur 20 tahun kot!
Skill Melia main Fruit Ninja..minute ke 0.14 Melia dah mula naik sheikhhh...
Nie waktu umur Melia setahun sebulan kot kalau tengok pada date abah saved video nih..8 feb 2012..tadi cari-cari gambar Melia nak buat entry, jumpa pulak video nih. Sorry video low q, abah dah convert kasi kecik skit.
Sorry lama Abah xupdate blog coret kisah buat Melia baca..jujur memang susah sangat nak on laptop kat meja tue, kalau tak pasal kerja memang tak bersentuh la laptop tue. Malas nak on and shutdown kot.. Pernah jugak try nak cuba update pakai phone tapi xsyok sebab tak boleh nak main main ngan HTML code. Nak pakai tablet lagi la...baru abah pegang kejap Melia dah sibuk nak main sekali.Huh!!
Malam nie, abah cuma nak cakap yang Melia sekarang nie memang dah banyak akalnya...nakal toksah cakap la..tersangat!!nanti abah Up kan gambar ngan video..kasi tengok nakal ngan akal panjang Melia..commel dowh!!hahaha.
Sedikit pasal Melia..sebelum abah tido.
Sekarang dah setahun lima bulan sepuluh hari, cepat jer masa..
Ayat yang selalu keluar mulut Melia...ABAH...NAK! NAK!..TAK NAKKKK...ATUK...AAAAIR...MAMA kadang2 jer Melia sebut.. Jangan marah MA,Melia sayang lebih kat abah..hehehe.
Pandai main Fruit Ninja..Bird Rush..Suka bukak Angry Bird,tp tarik lastik terbalik..hehehe..suka main2 ngan Talking Tom..Talking Panda.
Pandai bukak video Salena Gomez..dulu pantang dengar lagu love you like a love song nih mesti joget2..skang xder joget2 dah..
Semalam genap setahun umur Nur Qamilia Irdina Mohamad Faizal.. Doa abah ngan mama hanya satu,jadi anak yang soleh yer sayang.
Malam tadi juga la selamat majlis setahun Melia,terima kasih pada yang datang..Majlis semalam semua idea mama,BBQ party..sambutan kecil2 sambil santai.
Tapi...boleh jer mama potong kek tak panggil abah dulu..bertuah punya mama!tapi xper la..bagi can kat kaum ibu2 ngan anak jer yg potong kek..abah2 semua kat luar..keh2
Gambar tengah2 majlis semalam pun tak sempat nak snap..masing2 xsempat,nak berBBQ la..nk layan tamu la,yang ada cuma gambar sebelum ngan selepas jer..hmmm..
Alkisahnye Qamila hari nie..buat abah terkaku kelu!
Lepas solat maghrib tadi, elok duk baring2 sambil main ngan Melia...tengah duk asyik tue Melia merangkak macam nak kedapur, abah biarkan sebab ada Bu' Lis kat balakang..Tau2 abah dengar Melia bising kat belakang, terus terpacak bangun tengok apa jadi..
Bapak tergamam kejap tengok Melia dah separuh tangga nak sampai tingkat atas!Patut la mulut bising, takut tak tahu nak turun balik la tuh..bertuah punya anak!tapi alhamdulillah la Melia tak jatuh.. Abah panggil mama tengok..lepas abah biarkan jer Melia naik sampai atas..abah standby kat belakang. Akhirnya dengan jayanya Melia memanjat sampai ketingkat atas!Kecoh satu rumah tadi..keh3..tapi lupa plak nak snap!sayang..
29.09.2011, jam 8.10 minit Melia buat pertama kalinya naik tangga sendiri dengan jayanya..Hahaha.. Nampak gaya selamat la tangga lepas nih..kena pagar! Melia..Melia..
Yup..Melia has been warded tengah hari tadi after 5 days struggling with batuk2 and selsema..kesian Melia, 5 hari dah demam tak baik2. Pagi tadi badan Melia makin panas, itu yang atuk Melia soh jugak jumpa doctor balik.
Since demam Melia dah banyak hari, doktor terpaksa amik darah untuk tengok infection..result alhamdulillah, xder apa2..tapi Melia terpaksa gak dimasukkan kewad coz ade sedikit infection kat saluran pernafasan Melia, membuatkan saluran tue mengecil..automatik menyukarkan Melia untuk bernafas.
Dan akibatnya, Melia kena lah duk kat wad untuk diberikan nebulizer gas bagi mengembangkan saluran pernafasan sekaligus untuk men'clearkan paru-paru Melia dari segala kotoran a.k.a kahak.Hehehe.. cuma kesian la kat Melia, tiap kali kena bagi sedut gas..tiap kali tue la menangis merayu rayu.
"Asap-asap" nie la yang terpaksa Melia sedut! setakat jam 10 tadi, dah 5 kali dah Melia kena..
p/s: pssst...mama syok tidur ngan Melia atas katil tue..abah gak yang terpaksa tidur atas lazy chair nih!huhuu...thats why i said hospital ni xbest!Wohha...
p/s2: melia makin manja la ngan abah n mama sekarang nie..nape ye??hehee..
Hari nie 17hb lapan dua ribu sebelas bersaman 17 ramadhan..dan bagi sesaper yang tak tau, 17 ramadhan nih hari turunnya Al-Quran Nul Karim ke dunia atau lebih dikenali sebagai hari Nuzul Al-Quran. Untuk lebih lanjut boleh check kat website JAKIM pasal perihal sejarah Nuzul Al-Quran nie..klik sini.
Dan kebetulan pulak hari nie genap 8 bulan Melia lahir kedunia..lahir menemankan Abah dan Mama..Aiceh! ayat pujangga la pulak.hehe.. Since hari nie hari special Melia, abah nak update sikit perkembangan Melia sepanjang 7 bulan nih..
1. Melia lahir 17 Dec 2010 jam 1.03 pagi di KPJ Selangor Specialist Hospital - Check sini..
* Melia memang anak KPJ...Kelantan Peranakan Jawa!hahaha..
2. Majlis Aqiqah plus cukur jambul selamat pada 29 Jan 2011. Sini..
3. Tarikh 3 April 2011, kali pertama Melia gelak..cerita die kat sini.
4. 8 April 2011, hari pertama Melia boleh meniarap dengan sendiri, check kat sini.
5. 18.5.2011, hari pertama Melia makan nestum..buat kali pertama selepas 5 bulan Melia duk minum susu cap Mama..hehehe..Ceritanye disini..
6. 27.5.2011 Melia mula nak belajar merangkak2, umur baru 5 bulan 10 hari..
Ayuh bebeh...
7. 16 Jun 2011, Gigi Pertama Melia dah mula nampak...putih jerk..hehehe. Mak Lang melia la orang pertama yang nampak gigi putih melia tue..time tue Melia balik kg Abah kat KB.
8. Masa umur Melia 6 bulan lebih, Melia dah boleh duduk dengan sendiri.. time nie, kalau bukak citer cartoon, memang dia lah orang paling depan..
emmm!!!
9. Umur Melia 7 bulan, Melia dah galak duk manjat dinding...dah mula nak bertatih..dah mula nak imbangkan badan, suka ati jerk nak lepas tangan bile berdiri.. gigi dah kuar 2 batang..Wohha!
10. Hari nih Melia genap 8 bulan..jadi anak yang solehah ye sayang!jangan lupa doakan kesejahteraan Mama dan Abah...
p/s: Melia ada 4 orang sedare sepupu yang lahir pada tahun 2010, dan melia paling muda..eh!sikembar la paling muda..dorang lahir 5 hari selepas melia. Tapi.. Melia la yang segala2nya advance..dia lah gigi kuar dulu..dia lah pandai merangkak dulu..dia lah yang berdiri dulu...
p/s2: Tapi sedare sepupu Melia tue semuanya lelaki... kata orang2 tua, budak lelaki memang lambat berbanding budak gegurl..hehehe.. Wallahualam..
Alamak!macam mana boleh lupa buat entri ni nih.. ini detik pertama Melia kot. Sory Mel!Abah yang salah..
18/5/2011 (sehari selepas Melia genap umur 5 bulan), Hari ni la Melia mula makan buat kali pertama. Nih hahh makanan pertama Melia, nestum cerelac rice perisa apple ngan cramberry.
Qamilia memang pantang nampak makanan...terus nak dicapai.
Tergelak tengok Melia duk kemam lollipop..ni kerja mama la nih,abis rosak gigi anak abah..haha. Tapi bila mama tarik lollipop tu kat tangan Melia, meraum tak hengat dunia anak abah nih..hahaha!Melia2.. dah banyak ragam awak skang ni yer..
Kalau raya dah dekat, mula lah nak tempah baju kurung..paling tidak pun, beli siap dok. Melia pun sama, hari2 duk mintak baju kurung.hehe..acah je! Ni Abah nak tunjuk baju kurung pertama Melia nih..dah siap dah!Buat pakai raya nanti, dan paling syok baju ni free je. Bro esti & Bro faizal a.k.a si tailor hebat yang jahitkan, diorang cuma amik upah jahit baju mama je..Melia punya baju diorang kasih hadiah katanya. Haha..rezki AnakAbah!
Amacam baju kakak?ok x..
Uiks!macam budak boy la kakak..hehe.
p/s: boleh klik sini kalau nak tengok ragam si tailor ukur baju Melia...
Dear Melia,
Kali nie abah cover cerita2 seminggu 2 minggu eh! 3 minggu yang takdan abah nak update. Maklum la abah Melia kan manusia paling sibuk kat muka bumi nie.Huhh! Meh tengok apa jadi...
1. Melia Meniarap
8.4.2011, hari pertama Melia boleh meniarap dengan sendiri, tanpa bantuan siapa2...selalu kalau nak meniarap, kena ada yang tolong tolak kasi pusing habis. Hari nie, dengan jayanya Melia buat sendiri jer, tangan pun dah pandai nak ke depan.Hebat! macam nie la AnakAbah.
Urmmh..Urmh.. sedap betul hisap puting. Siapa kata hisap puting tak nikmat?? kite yang nengok nie pun boleh rasa nikmatnya. Wuuuuu...
Ok, sekarang nie mama dah ajar Melia hisap puting a.k.a pacifier dah...tapi tue tak bermakna mama tak kasi hisap mama punya dah, cuma sekarang nie Melia asyik nak ngempeng jer sampai mama takde masa nak main-main ngan abah..eh!! hehehe...
Comel jer tengok Melia nak hisap puting tue.. plup!plup! melompat lompat puting tue kat mulut Melia. Taknak cakap lagi la. Layan jer video Melia kat bawah nie, tengok kat minit 1:39 tue... so sweet anak abah! hahahaha.
Ini cerita lama, tapi harinya abah tak pernah lupa.
Hari tue 3 april 2011, ingat lagi time tue, lebih kurang pukul 9.30 malam.. Tengah baik duk layan ABP kat tv3, tetiba dengar anak abah nie gelak. "ekehkehekeh", Kaget abah ngan mama time tue, mama pandang abah, abah pandang mama...Hahahaha. Itulah gelak Melia yang pertama, selalu kuar suara "aaaaaaag....aaaaaag" jer. Tapi sayang abah takdan nak record moment tue. Sayang betul!
Melia dah tengok video kat atas tue? macam tue la bunyi Melia gelak time tue, tapi pendek jer la.. pakwe kat atas tue panjang sangat gelaknya. Sweet giler la Melia time tue!Hmmm...AnakAbah...
3rd march 2011, hari khamis, Happy New Year untuk semua kaum cina..Qongxi Fa Cai, Qongxi Qongxi!!...tapi Melia pulak yang sibuk merenget suruh dibawa keluar (ke mama dia?hehehe...).
Hari ini, for the 1st time Melia berjalan-jalan bersiar-siar keluar setelah 49 hari setia menemankan mama berpantang. Mana Melia pergi?? hahaha..ke Alamanda putrajaya, nie idea mama nie! kata mama kat sana banyak baju pakaian baby.. Sebelum ke Alamanda, Melia singgah dulu rumah nenek..eh!bukan nenek, oyang la...dekat Saujana Impian Kajang.
Sampai Alamanda dalam kul 2, jalan punya jalan...tengok takder la banyak kedai baju baby, ada la dalam 3-4 kedai. Baju baju nya pulak takder yang comel comel. Abah ingat dapat la carikan tight untuk Melia. tapi mama, ade jugak yang dia berkenan...gaun kat kedai lovely lace tue. belang2 color biru. sweet la jugak.
Dah, layan pulak aksi Melia pada hari pertama keluar berjalan2.