Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Sunday, May 19, 2013

Melia Dapat Adik??

Assalamualikum,

Bukan lagi persoalan, bukan lagi angan kosong.
Nur Qamilia Irdina Binti Mohamad Faizal sahih akan dapat seorang lagi adik!:)
Syukur Alhamdulillah..penantian dan usaha lebih 2 tahun selepas yang pertama.

Penangan angin bayu sejuk Sabah agaknya. ;)

Secara rasminya Abah announced today!
and Insya-Allah awal November 2013 akan hadir Baby Jr. dalam keluarga besar Hj Saad & Hjh Sabariah. Lagi sorang tok! Heheh...


P/s: Nur Melati atau Mohamad Sa'a Rani?? :)

Saturday, May 18, 2013

Anak & Bubur Sum-Sum

Abah dengan Mama elok duk layan cerite Rock Oooo..
Mama pelik tengok Abah gelak keluar air mata!tengok babak budak2 rockers berebut makan mee Meggi jer pun..Tambah sakan Abah gelak time babak tengah rebus kentang sebijik!Mama lagi buat muka pelik..sikit pun Mama tak gelak.
"Tak lucu ke Ma?"
Mencebik Mama!
"lucu tengok gelagat awak gelak jer"

Tetiba perasan yang baby tak ada!Rupa-rupanya.....
"Ma, cuba tengok anak awak buat apa tue"



Anak..anak!
Boleh dibukak nya fridge keluarkan bubur sum-sum Mama buat main..elokkkk jer diramas ramas. Bertuah betul anak!
Kempunan abah! Haram tak dapat nak merasa sikit pun..



P/s1: Cerita kisah semalam 16 May 2013 @ Beverly Hills Apartment, Bundusan Sabah.
P/s2: Dah nak hampir setengah tahun dah Baby,Mama & Abah pindah di Sabah..urusan kerja Abah.
P/s3: Disabah jugak lah Baby akan dapat Adik! Alhamdulillah,dah nak masuk 4 bulan..:) Penangan sejuk Sabah agaknya!(Senyuuuum)

Sunday, May 12, 2013

Kisah Mama & Melia!

[Situasi]
Mama tengah masak kat dapur, Melia depan TV layan cartoon macam biasa..:)

Melia: Mama, baby nak shushu.. (dari depan TV)
Mama: jap la bee, Mama nak masak jap..

Melia: Mama nak Shushuuuuuuu...
Melia: Mama pleasssssssh...pleasssshs...(dengan gaya Puss in Bootsnye..)
Lebih kurang gayanya


Mama: Alaa..kejap la bee, Mama nak masak nie..
(Terus Melia pergi dekat mama,paut kaki mama..)
Melia: Pleassssshhh mama..Pleasssssssssh..

Hahaha..Kalah mama ngan Melia kali nie..Terus dapat Shushunye!hahaha..
Gelak besar Abah bile Mama cerita situasi kat atas..Anak anak...macam2 dah sekarang nie.
Jap Abah nak sambung gelak..

KAH.
KAH..KAH..
KAH..KAH..KAH..

Salam!

P/s: Selamat Hari Ibu buat Mama Melia! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...