Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Saturday, December 25, 2010

Ada Apa Dengan SANTA CLAUS??


Assalamualaikum AnakAbah,
Rasanya masih belum terlambat untuk aku wish merry cristmas buat semua rakyat malaysia yang ber'agama kristian. 1Malaysia...itu yang aku nampak hari ni, tidak kira agama..bukan saja yang beragama kristian yang menyambut kristmas ni, orang cina, india, melayu pun sama sambut.

Tidak salah untuk kita menyambut perayaan orang lain yang penting kita sedar dan prihatin dengan sensitiviti orang islam. Dulu dah kecoh pasal iklan hari raya yang menyerupai iklan kristmas, tak nak cakap pasal tu..semua dah tahu aku rasa. Cuma kadang2 buat aku berfikir tentang masyarakat (maksud aku yang ber'agama islam) kita sekarang sibuk nak pakai baju santa claus tu. Ada apa dengan santa claus??eh!!tak boleh ke?? haram kah??

Friday, December 24, 2010

AnakAbah Dah Seminggu Dah!


Hari ni, 24 Dec 2010 genap sudah seminggu AnakAbah lahir. Alhamdulillah, sejak lahir qamilia tak banyak ragam.. menangis malam-malam minta susu tu biasa la.Abah tak kisah!hehehe. Abah ngan mama happy sangat dengan adanya Melia,BudakBushuk! Sekarang pukul 5 je abah dah balik kerja, takde macam dulu dah..tengah hari pun abah balik kejap, nak cium Melia. Abah sayang Melia!

Tapi Melia memang banyak minum susu, kering mama dia kerjakan. nak tak nak kena kasi susu formula jugak. Abah memang tak suka Melia minum formula, kalau boleh abah nak Melia besar dengan susu mama je. Islam pun menggalakkan supaya bayi diberikan susu sejak dia dilahirkan, dalam surah Al-Baqarah ayat 233 ada menyebut;
"Dan ibu-ibu hendak lah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyususan itu"
Kesian mama, dalam duk tahan sakit

Monday, December 20, 2010

Nur Qamilia Irdina

Salam,

Nur Qamilia Irdina Bt Mohamad Faizal
|17 December 2010|1.03 pagi|3.5kg|51cm|

20.12.2010 @ 1.57 pagi... Jari jemari Abah terkial kial nak menaip diari pertama untuk AnakAbah nie...

Friday, December 17, 2010

B.U.A.i.an pertama (Official post)

"B.U.A.i.an pertama" adalah tajuk entri yang akan aku guna sebagai entri pertama di buaifeizal.blogspot.com ni. Dan entri tu insya-Allah aku akan publish'kan pada 17 Dec 2010 nanti. Kenapa perlu 17 Dec??? tungguuuuuu...
17 Dec 2010 adalah tarikh yang paling bermakna dalam hidup aku (eh!hidup isteri aku jugak..) setelah hampir 4 tahun kami menunggu...berusaha...dan berdoa...hari ini, jam 1.03 pagi, isteri tercheeenta telah selamat melahirkan puteri sulung kami, Nur Qamilia Irdina, "cahaya suci kehormatan kami"... Segala puji dan syukur kehadrat ilahi atas kurniaan-NYA, Alhamdulillah.

Diari pertama, kelahiran Qamilia akan menyusul di'blog BF nie. Aku akan kongsi dan  update gambar gambar qamilia pada saat dia lahir siap dengan kronologi sekali.hehehe...

Hurmm..inspirasi awal aku untuk ber'blog'ging adalah anak aku, sebagai diari kehidupan dari saat dia lahir sampai lah dia mampu untuk mengenal erti hidup. Dan disinilah dia mungkin mengetahui sesuatu...yang terlupa untuk diceritakan ketika saat dia mula kenal apa itu cerita...apa itu hidup...siapa abah..siapa mama...(4-5 tahun lagi tue kot.heee...).

p/s: post pendek mcm ni pun susah utk aku siap habiskan...isk..isk...

Tuesday, December 7, 2010

B.U.A.i.an pertama (unOfficial)

"B.U.A.i.an pertama" adalah tajuk entri yang akan aku guna sebagai entri pertama di buaifeizal.blogspot.com ni. Dan entri tu insya-Allah aku akan publish'kan pada 17 Dec 2010 nanti. Kenapa perlu 17 Dec??? tungguuuuuu...

Unofficial post from


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...