Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"
Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Melia Dapat Adik??

Assalamualikum,

Bukan lagi persoalan, bukan lagi angan kosong.
Nur Qamilia Irdina Binti Mohamad Faizal sahih akan dapat seorang lagi adik!:)
Syukur Alhamdulillah..penantian dan usaha lebih 2 tahun selepas yang pertama.

Penangan angin bayu sejuk Sabah agaknya. ;)

Secara rasminya Abah announced today!
and Insya-Allah awal November 2013 akan hadir Baby Jr. dalam keluarga besar Hj Saad & Hjh Sabariah. Lagi sorang tok! Heheh...


P/s: Nur Melati atau Mohamad Sa'a Rani?? :)

Monday, August 29, 2011

Download Filem Bunohan

Jom download filem Bunohan nih..serius terbaek!KL Gangster boleh tolak tepi...tapi trailernyer la dulu, belum ade kat mane2 torent/forum lagi film nie nih..hehehe..

Sinopsis movie kat sini--> Sinopsis Bunohan



Siapa tak tahu...Kg. Bunohan nie kg didaerah Tumpat, Kelantan...10 minit dari kg halaman gua..Wohha!

p/s: pssst..siapa dah ader link movie ni cepat2 shared kat forum yok...

Saturday, July 2, 2011

Lemas di Tasik Putrajaya!

Waaa..lama betul tak berupdate blog nih!fedup sebenarnya ngan tenet yang kejap ok kejap hampeh..makin teruk pulak rasanya coverage P1 nih! abis kontrak rasa2nya tukar streamyx jer kot..hoho..

Ok, cukup bab intro..moh kita citer pasal story lemas kat tasik putrajaya.. suspend..suspend..tapi lawak pun ada!haha.. Petang tadi kami seramai 18 orang kot gerak dari Shah Alam pergi training Dragon Boat kat tasik Putrajaya. Nih 1st time training nih, untuk event sport carnival KPJ kat penang tengah bulan 7 nanti..lagi 3 minggu la kot..

Sampai jer kat tasik putrajaya, kami terus buat streching..oh ya, trainer kami memang trainer bertauliah..dari skuad SMART angkatan tentera malaysia. Lepas tue kami diasingkan mana yang tahu berenang 1 group, yang tak tahu berenang 1 group asing..dan awak tergolong dalam golongan yang tak tahu berenang!hahaha..lawak2, tak tahu berenang tapi ada hati nak main Dragon Boat..hahaha..pedulik apa..enjoy apa!

Nak dijadikan cerita, kami semua disuruh terjun kat dalam tasik tue, nak buat test self confident katanya!gabra giler ah time tue, walaupun dah pakai safety jacket!mula2 budak yang tahu berenang disuruh terjun dulu,budak2 nie takder hal la..bila sampai turn awak, trainer nie tegur..eh!awak pakai seluar jean nie..betul ker nak terjun??berat nanti.. tapi awak terlebih confident la pulak..yakin jer jawab boleh boleh!

Awak pun terjun la..ngan yakin pulak tue terjun..maklum la dah ikut teknik2 yang trainer tu ajar. Terus..bermula la kisah lemas..

Saturday, June 11, 2011

Kijang Vs Penyu!


Salam guys,
Seronok pulak bila ada game puok2 kito nih.. Malam karang akan berlangsungnya final game bagi Piala FA antara Kelantan Vs Terengganu..hebak mung!sek2 kito blako nih..agak-agak buleh ko sapo la pulok kali nih.

Kalau ikut analysis kat bawah ni,macam boleh kat kelantan jer nih..haha.

Kijang : Jenis otak bijak, idea bernas, panjang akal & penuh tipu muslihat memperdayakan pihak lawan a.k.a musuh!Hehe..
Penyu : Berhati cekal, teguh & tidak mudah berputus asa menghadapi sebarang rintangan untuk sampai ke destinasi.
Apa2 pun kite tunggu je malam nanti,tengok siapa yang menang. Mintak takde la kes2 bakor kerusi stadium dok..

update: Terengganu menang..hebak mung! terengganu 2 kelate 1..

Friday, May 20, 2011

Bonus ooo Bonus!

Salam guys,
Bulan 5 ni cukup sinonim dengan bonus? bonus apa pulak ni..ini bukan Bonuslink atau pun bonus point bile joint MLM ok, ini bonus incentive bagi kaum pekerja..tak kira la kome kerja gomen atau pun private, mesti akan merasa bonus. Yang bezanya cuma banyak ngan sikit je.. Bonus biasanya paling sikit pun sebulan gaji,tapi bila dapat kurang dari sebulan tu automatik majikan akan cakap itu token..bukan bonus.Haha.. 
 
Apasal cakap pasal bonus ni?Hehe..actually semalam kami semua baru jer dibayar bonus..suka aku!average masing2 dapat 3.5 bulan. Masuk opis pagi semalam masing2 mulut dah sampai ke telinga..haha..semangat kerja pun laen macam dah..haha. Kali ni alhamdulillah, merasa juga tengok payslip tertera ngan RM 5 angka..kira boleh la settlekan mana2 hutang tue. Eh!ada ker??haha..
Eh!apa kena mengena ipad 2 dalam ini cerita?hehe...
Tapi..

Thursday, May 19, 2011

Kalau Dah Nama Anak Abah...

Salam Qamilia,
Hari ni AnakAbah kena inject lagi..tapi rasa ralat sikit sebab tak dapat nak temankan Melia jumpa Dr. Zul.

Takpe, lupakan sat pasal inject minject tue..nih abah nak tunjuk gambar yang mama snap masa kat rumah atuk baru2 nie. Sori la gambar tak berapa clear, maklumla pkai BB mama.. kalau pakai satio abah kompen dapat HD.ahaks!

Gambar ni menceritakan segala2nya..kalau dah nama AnakAbah tue, tidur pun mesti nak ikut gaya abah..haha!layan..
Gaya tangan atas kepala..nasib baek abah pkai baju, klau x terserlah segala rahsia..haha!
Jom Melia, kita buat gaya menongkak pipi plak..

Monday, April 25, 2011

Pantang Larang Untuk Penyakit Kanser

Salam,
Pantang larang untuk penyakit kanser. Tadi terjumpa kertas usang dalam wallet...buka tengok, jelas tertulis "pantang larang penyakit kanser".. kepala terus ingat arwah mak.

Diward Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu..2 hari sebelum arwah mak meninggal, ada seorang pakcik tegur tanya mak sakit apa, kesian tengok mak duk menahan sakit agaknya. "Mak ada lymphoma...kanser hati" itu yang dibagitahu doctor. Pakcik tu terus tarik tangan saya, pergi dekat katil tempat isteri dia yang juga mengidap penyakit sama.

"isteri pakcik ni dulu sama macam mak kamu, sekarang ni alhamdulillah... dah semakin sihat".

Bila tengok isteri pakcik tu boleh sembuh, hati ni lega sangat.. tapi tuhan lebih sayangkan arwah mak, umur mak tak panjang. Semoga roh mak dicucuri rahmat dari-NYA dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin.. Al-fatihah untuk arwah mak..

Banyak yang pakcik ni nasihatkan, tak kurang dengan kata2 semangat..kita kena kuat..kena banyak sabar bila jaga orang sakit.

Sekadar perkongsian, saya nak share tentang pantang larang bagi pengidap kanser yang diamalkan sendiri oleh isteri pakcik ni.

Saturday, April 23, 2011

Mama Penat...Abah pun Penat...

Aduuuh...penat betul ari ni!

Mama hari nie dengan activiti catering, tolong atuk Melia catering... Mama macam biasa la jaga lauk pengantin, serve pengantin.. Catering hari nie kat area shah alam nie jugak, untuk wedding pelakon janji diana tue...Rafena Ezanee  dan pasangan nya Mazlan.

Abah pulak pergi shoot video kat Rumah Anak-anak Yatim YPIN, Sg. Maggis Banting. Pergi dalam pukul 10, habis shoot dalam 3 setengah lebih kurang..itupun sebab dah tak boleh nak shoot dah, dua2 camera batery dah out. Video nie nanti nak tayang masa majlis makan amal anjuran bersama Hospital KPJ Selangor & rumah anak yatim nie. Nie 1st time abah ikut budak IT buat outdoor, saja nak menyibuk..hambek kau, basah lenjung abah main panas.Haha.

Popular kerana FB!

(Tadi aku terbaca ini...terus dapat idea nak buat entri nie!)

Dah ramai yang popular dek penangan YouTube, ada yang dah jadi artis dah pun... tengok la Zee Avi, Melda Ahmad.. Minggu lepas kecoh pulak pasal cikgu shida dari parit, semuanya penangan youtube!Jarang pulak kita dengar kes popular dek kerana Facebook nie, kes jenayah banyak la...

Tapi FB dah buat sesuatu kat abah..Ahaks! Nak tahu apa jadi, baca screenshoot kat bawah nie..

p/s: siapa2 yang ada buku indikator KPT 2008/2009 boleh la tengok hasil dia, gambar abah kat sebelah logo 1malaysia tue.Woha!

Friday, March 25, 2011

Dedikasi buat Sahabat...

Entri ini bukan untuk AnakAbah...entri ini untuk kawan baik abah yang sama-sama belajar di UiTM Shah Alam tahun 2000-2003 dulu. Dalam duk belek-belek gambar roadtrip ke utara dalam ms.lappy nie, terlintas pulak nak buat entri pasal kawan abah ni.  

Entri nie sekadar nak berkongsi detik-detik manis beliau sebagai raja sehari. Pasangan sama cantik sama padan. Si teruna (eh!teruna lagi ke zam?) segak berkeris, si gadis pulak cantik berseri, senyum tak lekang dari bibir walaupun sesaat. Amboi-amboi, suka dapat abang zam la tue ye. Hehehe...jangan marah ye shila.

Majlis telah berlangsung dengan meriah nun dijauh kg. halaman zam kat  Jitra Kedah pada sabtu lepas. Time tue Melia dengan  mama tak ikut, abah sengaja tak bawa Melia sebab perjalanan jauh. Kesian kat Melia nanti. Abah pergi bersama kawan-kawan se'Uitm dulu, sambil buat roadtrip ke Hadyai, Thailand.

Ok, meh layan gambar-gambar di majlis perkahwinan mereka. Abah doakan zam dan shila bahagia menempuh alam rumahtangga, bina la kenangan paling indah bersama.

Thursday, February 24, 2011

Anak Membawa Rezeki...


Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi dengan segala kurniaan-NYA!

Pagi tadi, lebih kurang jam 10 pagi, Pn. Nik dari HR call abah "en.faizal, report awk mintak nie nak sy emel ke nk sy print terus?"..."hmmmm...k.nik print terus la"...."kalau mcm tue en.faizal naik atas la, sy ade bende nak bg skali nie"...."aper die k.nik?"...."ade la..mesti awk suke nyer la. nanti naik yer". Begitula lebih kurang dialog antara abah dengan kak nik.  Abah senyum sorang-sorang jer time tue... apa la yang nak dikasi tue??.... (okay, stop sampai sini! yang lain tak digalakkan untuk baca seterusnya...entri kali nie agak showoff sikit!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...