Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Sunday, December 18, 2011

Budak Setahun

Alhamdulillah,
Semalam genap setahun umur Nur Qamilia Irdina Mohamad Faizal.. Doa abah ngan mama hanya satu,jadi anak yang soleh yer sayang.

Malam tadi juga la selamat majlis setahun Melia,terima kasih pada yang datang..Majlis semalam semua idea mama,BBQ party..sambutan kecil2 sambil santai.

Tapi...boleh jer mama potong kek tak panggil abah dulu..bertuah punya mama!tapi xper la..bagi can kat kaum ibu2 ngan anak jer yg potong kek..abah2 semua kat luar..keh2

Gambar tengah2 majlis semalam pun tak sempat nak snap..masing2 xsempat,nak berBBQ la..nk layan tamu la,yang ada cuma gambar sebelum ngan selepas jer..hmmm..

P/s: nanti abah up gambar nye ye sayang.

Saturday, November 5, 2011

Dah Ligat!

Assalamualaikum Qamilia,
Berbanyak2 sory sebab dah lama abah biarkan blog nih suram sunyi tanpa berita..aiceh!

Memang banyak yang nak abah ceritakan buat anak abah baca kendian hari nanti, tapi masa selalu mencemburui abah (perasan yang abah lah manusia paling sibuk!). Kali nih biar abah start dulu dengan cerita anak abah yang dah ligat berjalan..almaklum baru dapat kaki, tak mau dah sekarang ni merangkak!tak main dah mara pakai lutut ngan tapak tangan.

Bile dah dapat kaki memang lah tak boleh lepa..kejap2 kedapur..kejap2 kebilik air..ralik skit masuk stor..leka sikit dah separuh tangga nak naik atas. Memang kena lebih berjaga2 sekarang ni, itu sebab lah abah takde masa sangat nak update blog sekarang nih (alasan!cakap mama kat belakang tuh..hehehe).

Melia sekarang ni serius ligat..nakal budok nih!tapi abah ngan mama suka..tak kisah pun. Masa2 macam nih lah anak2 nak cuba buat semua benda, itu lah proses pembelajaran mereka..bukan begitu?boleh terbantut kot pembelaran anak2 kalau kita duk larang die main. Jadik abah tak pernah marah kalau Melia kecah2kan baju yang mama dah lipat..abah tak marah pun kalau Melia kecahkan file2 surat2 atas meja tuh..abah sikit pun tak marah, serius!..sebab mama ada..mama yang akan kemas balik..bukan abah!hehehe..

Satu abah nak Qamilia tahu..kalau time mama tengah duk lipat baju, Melia suka pulak pegi kecah baju2 yang dah siap berlipat tue..yang berlonggok tak berlipat tue tak pulak melia kacau..kekadang kesian kat mama, kekadang lucu pun ada bile tengok mama duk tarik2 rambut sendiri geram kat Melia.Hahaha..

Okey,cukup la dulu..meh layan video Melia nie dulu. Next abah sambung balik.



p/s: Gigi Melia dah 4 batang dah, cukup 2 pasang..bawah 2 atas 2.heee..

Wednesday, October 5, 2011

3 langkah...

Salam,
Alhamdulillah...baru sekejap tadi kul 11.13 malam @ 05.10.2011 Melia dah melangkah dah..hahaha.suka mama!

Melia bangun sendiri...start langkah...pep..pep..pep..cukup 3 langkah..Melia duduk balik!hehe..hebat Anak Abah!

Hmmm..bangun sudah...bukak pun langkah sudah..tapi gigi tetap 2 batang!tak gerak2 dari umur 6bulan..keh3

12 (7)

Saturday, October 1, 2011

Kuasa Ilahi...

Si anak bertarung..Si ibu mendokong..lihat sampai hujung clip,saat si anak dengan tangisan pertama.. hati gua tersentuh beb!hahaha..itulah kuasa kebesaran Ilahi..



p/s: Melia wajib tengok clip nie nanti...

Thursday, September 29, 2011

Alkisahnya Qamilia..

Salam,
Alkisahnye Qamila hari nie..buat abah terkaku kelu!

Lepas solat maghrib tadi, elok duk baring2 sambil main ngan Melia...tengah duk asyik tue Melia merangkak macam nak kedapur, abah biarkan sebab ada Bu' Lis kat balakang..Tau2 abah dengar Melia bising kat belakang, terus terpacak bangun tengok apa jadi..

Bapak tergamam kejap tengok Melia dah separuh tangga nak sampai tingkat atas!Patut la mulut bising, takut tak tahu nak turun balik la tuh..bertuah punya anak!tapi alhamdulillah la Melia tak jatuh.. Abah panggil mama tengok..lepas abah biarkan jer Melia naik sampai atas..abah standby kat belakang. Akhirnya dengan jayanya Melia memanjat sampai ketingkat atas!Kecoh satu rumah tadi..keh3..tapi lupa plak nak snap!sayang..

29.09.2011, jam 8.10 minit Melia buat pertama kalinya naik tangga sendiri dengan jayanya..Hahaha.. Nampak gaya selamat la tangga lepas nih..kena pagar! Melia..Melia..

Thursday, September 8, 2011

DUIT raya dari Jepun!

Ini bukan main2..canggih la Melia, dapat duit dari jepun..serius!
Semuanya gara2 benda alah nih..TQ pada cik puan Anum kite..anda memang hensem!

Sesape yang nak, boleh mintak kat sini..kenen2 la skit, Insyaallah dapat..cik puan Anum tue baik hati. Serius!hehe..
.
.
.
.
.
.
Pssst..sebetulnya duit tu gua tak dapat pun..sajer nak poyo lebih. tapi cik puan Anum kite cakap die serius nak kasi..eh!..betul kan?..;p

p/s: Btw, saya nak ucapkan selamat hari raya untuk semua SAHABAT!maafkan segala keterlanjuran...

Bila Lama Kena Tinggal...

Terbiar..semak..macam rumah takde penghuni, penuh ngan semak samun.


Tengok la rupa rumah Melia kat pinggiran USJ selepas lebih sebulan kena tinggal..lalang dah cecah dagu!Macam kebiasaan, sepanjang bulan puasa Melia, Abah Mama tak duk rumah, akan tidur kat rumah Atuk. Boleh berbuka n sahur sama2.. memang tiap2 tahun macam nih.

Rumah, kalau lama terbiar..ada makhluk lain yang menghuni.. apa yang abah ingat,pesanan orang2 tua, bila kita nak masuk/balik rumah yang lama kena tinggal tue baca la surah Yasin, paling tidak pun ayat Kursi. tapi sebenarnya banyak yang boleh kita amalkan, cuma abah jer yang tak pandai.

Malam semalam abah balik rumah dulu, balik buat apa yang sepatutnya..tak nak la terus2 balik rumah bawak Melia sekali. Takut jugak, budak2 kecik senang kenang "tegur"...sekadar beringat..

p/s:
Lepas keluar dari hospital tempoh hari, Melia alhamdulillah sihat..masuk raya ke-3, Melia start demam balik..sampai la hari ni (syawal ke-10) masih lagi belum baik..demamnya on n off...
Dah berapa kali pegi hospital..doktor kata ok,darah ok,tapi demam tinggi..39.3c.
Dah bawak pergi jumpa ustaz kat darul syifa..ada yang "tegur" ni katanya..
Orang tua pulak cakap, budak memang cenggitu..nak ringankan badan..nak dapat ilmu baru tue..
Abah ngan Mama taknak risau sangat..take care sebaik mungkin, just continue ubat yang doktor kasi n air penawar yang ustaz kasi. Insyallah...

Monday, August 29, 2011

Download Filem Bunohan

Jom download filem Bunohan nih..serius terbaek!KL Gangster boleh tolak tepi...tapi trailernyer la dulu, belum ade kat mane2 torent/forum lagi film nie nih..hehehe..

Sinopsis movie kat sini--> Sinopsis Bunohan



Siapa tak tahu...Kg. Bunohan nie kg didaerah Tumpat, Kelantan...10 minit dari kg halaman gua..Wohha!

p/s: pssst..siapa dah ader link movie ni cepat2 shared kat forum yok...

Sunday, August 28, 2011

Nama2 Malaikat yang Wajib Diketahui..

Salam guys,
Tadi awak terbaca nama-nama Malaikat..terasa malu dengan diri sendiri bila tak boleh nak ingat nama2 Malaikat yang wajib/patut kita tahu sebagai umat islam.. Serius tak lengkap iman kalau tak ingat 10 nama wajib para Malaikat!Chop2...apa pasal saya cakap iman tak lengkap?? Cuba baca rukun iman sekarang...cepat!
  • Pertama, Beriman kepada Allah s.w.t
  • Ke-2, Beriman kepada Malaikat
  • Ke-3, Beriman kepada Kitab
  • Ke-4, Beriman kepada Rasul
  • Ke-5, Beriman kepada Hari Akhirat
  • Ke-6, Beriman kepada Qada' dan Qadar
Tengok! beriman kepada Malaikat nih rukun iman kedua (penting nih!) selepas beriman kepada Allaw s.w.t.. Maksudnya disini,  
Setiap orang muslim WAJIB beriman kepada kewujudan Malaikat yang mempunyai sifat-sifat dan tugas-tugas tertentu berdasarkan wahyu dan hadis yang disampaikan oleh Nabi s.a.w.


Nak ingat semua nama-nama para Malaikat Allah nie memang payah..sebabnya terlalu banyak dan ada yang tidak diketahui kecuali Allah s.w.t. Tapi..antara yang wajib diketahui adalah;
  1. JIBRIL - Tugas menyampaikan wahyu kepada Nabi dan Rasul.
  2. MIKAIL - Malaikat yang membahagikan rezeki dan menurunkan sebab-2nya.
  3. ISRAFIL - Malaikat yang ditugaskan untuk meniup sangkakala.
  4. IZRAIL - Ditugaskan untuk mengambil nyawa sekalian makhluk Allah s.w.t.
  5. RAQIB dan 'ATID - Mencatat segala amalan baik dan jahat
  6. RIDWAN - Malaikat yang menjaga dan menguruskan syurga dan ahlinya.
  7. MALIK - Menguruskan neraka dan azab ahlinya!
  8. MUNGKAR dan NAKIR - Malaikat yang akan menyoal ahli kubur dan menyeksa mereka yang kufur dan fasiq kepada Allah s.w.t.
Sekadar perkongsian ilmu untuk diri sendiri dan Anak2 Abah sekalian...juga untuk sahabat2 se'muslim. Insyallah!

Wassalam.. 

Tuesday, August 23, 2011

Melia Warded??

Yup..Melia has been warded tengah hari tadi after 5 days struggling with batuk2 and selsema..kesian Melia, 5 hari dah demam tak baik2. Pagi tadi badan Melia makin panas, itu yang atuk Melia soh jugak jumpa doctor balik.

Since demam Melia dah banyak hari, doktor terpaksa amik darah untuk tengok infection..result alhamdulillah, xder apa2..tapi Melia terpaksa gak dimasukkan kewad coz ade sedikit infection kat saluran pernafasan Melia, membuatkan saluran tue mengecil..automatik menyukarkan Melia untuk bernafas. 

Dan akibatnya, Melia kena lah duk kat wad untuk diberikan nebulizer gas bagi mengembangkan saluran pernafasan sekaligus untuk men'clearkan paru-paru Melia dari segala kotoran a.k.a kahak.Hehehe.. cuma kesian la kat Melia, tiap kali kena bagi sedut gas..tiap kali tue la menangis merayu rayu.
"Asap-asap" nie la yang terpaksa Melia sedut! setakat jam 10 tadi, dah 5 kali dah Melia kena..

Hopefully, besok Melia gets better la..boleh discharge...xsyok duk spital nih.Hehehe... Oh!btw, walaupun Melia nih xberapa sehat tapi..lincahnye xpernah kurang. Wohha!


p/s: pssst...mama syok tidur ngan Melia atas katil tue..abah gak yang terpaksa tidur atas lazy chair nih!huhuu...thats why i said hospital ni xbest!Wohha...
p/s2: melia makin manja la ngan abah n mama sekarang nie..nape ye??hehee..

Sunday, August 21, 2011

Demam!


Salam,
Ini entri kilat nih...tengah duk online, Melia bangun batuk2 merenget..menangis..kesian Melia, dah 2 hari demam2 batuk. Mungkin jugak kesan lepas kena injection kemarin.

Siyes kesian tengok Melia kali nie..perit sangat rasa bile dengar Melia batuk, bunyik macam kering jer n macam bunyik kahak tak mau keluar pun ade gak. Pagi tadi dah jumpa doctor Melia, check..tonsil ok..paru-paru Melia pun alhamdulillah clear doctor cakap.

Tapi paling kesian bile nak suapkan Melia ubat..ronta2 menanggis xnak makan. Ok lah, chau dulu!moga anak abah cepat sembuh..

p/s: oh! lagi 8 hari nak raya..

Wednesday, August 17, 2011

Dah 8 Bulan dah...

Assalamualaikum,
Hari nie 17hb lapan dua ribu sebelas bersaman 17 ramadhan..dan bagi sesaper yang tak tau, 17 ramadhan nih hari turunnya Al-Quran Nul Karim ke dunia atau lebih dikenali sebagai hari Nuzul Al-Quran. Untuk lebih lanjut boleh check kat website JAKIM pasal perihal sejarah Nuzul Al-Quran nie..klik sini.

Dan kebetulan pulak hari nie genap 8 bulan Melia lahir kedunia..lahir menemankan Abah dan Mama..Aiceh! ayat pujangga la pulak.hehe.. Since hari nie hari special Melia, abah nak update sikit perkembangan Melia sepanjang 7 bulan nih..

1. Melia lahir 17 Dec 2010 jam 1.03 pagi di KPJ Selangor Specialist Hospital - Check sini..
    * Melia memang anak KPJ...Kelantan Peranakan Jawa!hahaha..

2. Majlis Aqiqah plus cukur jambul selamat pada 29 Jan 2011. Sini..

3. Tarikh 3 April 2011, kali pertama Melia gelak..cerita die kat sini.

4. 8 April 2011, hari pertama Melia boleh meniarap dengan sendiri, check kat sini.

5. 18.5.2011, hari pertama Melia makan nestum..buat kali pertama selepas 5 bulan Melia duk minum susu cap Mama..hehehe..Ceritanye disini..

6. 27.5.2011 Melia mula nak belajar merangkak2, umur baru 5 bulan 10 hari..
Ayuh bebeh...

7. 16 Jun 2011, Gigi Pertama Melia dah mula nampak...putih jerk..hehehe. Mak Lang melia la orang pertama yang nampak gigi putih melia tue..time tue Melia balik kg Abah kat KB.

8. Masa umur Melia 6 bulan lebih, Melia dah boleh duduk dengan sendiri.. time nie, kalau bukak citer cartoon, memang dia lah orang paling depan..
emmm!!!
9. Umur Melia 7 bulan, Melia dah galak duk manjat dinding...dah mula nak bertatih..dah mula nak imbangkan badan, suka ati jerk nak lepas tangan bile berdiri.. gigi dah kuar 2 batang..Wohha!

10. Hari nih Melia genap 8 bulan..jadi anak yang solehah ye sayang!jangan lupa doakan kesejahteraan Mama dan Abah...


p/s: Melia ada 4 orang sedare sepupu yang lahir pada tahun 2010, dan melia paling muda..eh!sikembar la paling muda..dorang lahir 5 hari selepas melia. Tapi.. Melia la yang segala2nya advance..dia lah gigi kuar dulu..dia lah pandai merangkak dulu..dia lah yang berdiri dulu...

p/s2: Tapi sedare sepupu Melia tue semuanya lelaki... kata orang2 tua, budak lelaki memang lambat berbanding budak gegurl..hehehe.. Wallahualam..

Saturday, August 13, 2011

[TraveLog] Bandung...


Aduyai..lama betul tak berupdate blog nih, dah hilang dah ko die punya sennnngat!..keh3. Apa2 pun kali nie biar abah share dulu candid2 Melia masa bercuti di bandung awal bulan hari tue.. trip 3 hari 2 malam kali nie atuk Melia yang sponsored, BIG thanks to atuk. Dapat la merasa puasa dinegara orang..

Alhamdulillah, percutian kali nie semua dapat pergi..ayah chik Melia yang kat labuan tue pun dapat join skali. Tapi kalau nak tahu, malam sebelum berangkat ke bandung tue, mama dah nyaris2 tak dapat nak pergi sama dah..maklumla mama Melia kan banyak ragamnya. Hehehe.. jangan marah ye Ma..

Kalau ikutkan, ini kali ke-2 melia naik flight..pertama hari tue masa balik kg abah nun kat Kota Bharu.. Zaman dah berubah, semua orang dah mampu..everybody can fly bak kata Pak Tony. Kalau abah dulu dapat merasa naik flight umur 28 tahun tau dok.Hmmm..citer panjang pun tak guna.. enjoy gambarnya ya ibu2 bapak2..

Saturday, July 2, 2011

Lemas di Tasik Putrajaya!

Waaa..lama betul tak berupdate blog nih!fedup sebenarnya ngan tenet yang kejap ok kejap hampeh..makin teruk pulak rasanya coverage P1 nih! abis kontrak rasa2nya tukar streamyx jer kot..hoho..

Ok, cukup bab intro..moh kita citer pasal story lemas kat tasik putrajaya.. suspend..suspend..tapi lawak pun ada!haha.. Petang tadi kami seramai 18 orang kot gerak dari Shah Alam pergi training Dragon Boat kat tasik Putrajaya. Nih 1st time training nih, untuk event sport carnival KPJ kat penang tengah bulan 7 nanti..lagi 3 minggu la kot..

Sampai jer kat tasik putrajaya, kami terus buat streching..oh ya, trainer kami memang trainer bertauliah..dari skuad SMART angkatan tentera malaysia. Lepas tue kami diasingkan mana yang tahu berenang 1 group, yang tak tahu berenang 1 group asing..dan awak tergolong dalam golongan yang tak tahu berenang!hahaha..lawak2, tak tahu berenang tapi ada hati nak main Dragon Boat..hahaha..pedulik apa..enjoy apa!

Nak dijadikan cerita, kami semua disuruh terjun kat dalam tasik tue, nak buat test self confident katanya!gabra giler ah time tue, walaupun dah pakai safety jacket!mula2 budak yang tahu berenang disuruh terjun dulu,budak2 nie takder hal la..bila sampai turn awak, trainer nie tegur..eh!awak pakai seluar jean nie..betul ker nak terjun??berat nanti.. tapi awak terlebih confident la pulak..yakin jer jawab boleh boleh!

Awak pun terjun la..ngan yakin pulak tue terjun..maklum la dah ikut teknik2 yang trainer tu ajar. Terus..bermula la kisah lemas..

Saturday, June 11, 2011

Kijang Vs Penyu!


Salam guys,
Seronok pulak bila ada game puok2 kito nih.. Malam karang akan berlangsungnya final game bagi Piala FA antara Kelantan Vs Terengganu..hebak mung!sek2 kito blako nih..agak-agak buleh ko sapo la pulok kali nih.

Kalau ikut analysis kat bawah ni,macam boleh kat kelantan jer nih..haha.

Kijang : Jenis otak bijak, idea bernas, panjang akal & penuh tipu muslihat memperdayakan pihak lawan a.k.a musuh!Hehe..
Penyu : Berhati cekal, teguh & tidak mudah berputus asa menghadapi sebarang rintangan untuk sampai ke destinasi.
Apa2 pun kite tunggu je malam nanti,tengok siapa yang menang. Mintak takde la kes2 bakor kerusi stadium dok..

update: Terengganu menang..hebak mung! terengganu 2 kelate 1..

Friday, June 10, 2011

Alamak!Abah lupa...

Alamak!macam mana boleh lupa buat entri ni nih.. ini detik pertama Melia kot. Sory Mel!Abah yang salah..

18/5/2011 (sehari selepas Melia genap umur 5 bulan), Hari ni la Melia mula makan buat kali pertama. Nih hahh makanan pertama Melia, nestum cerelac rice perisa apple ngan cramberry.
Qamilia memang pantang nampak makanan...terus nak dicapai.
Aummm..yumyum..

Thursday, June 9, 2011

Bila Anak Gadis Bertudung Litup...

Assalamualaikum kawan2..
Wah!agak alim abah hari nie..haha. Sejuk mata memadang bila tengok Melia bertudung litup macam nie.. Abah ngan Mama sentiasa mendoakan agar Melia membesar jadi anak yang solehah dan sentiasa menghormati orang tua. Abah tak marah pun anak abah nakal..tapi jangan sampai hilang hormat pada orang tua yer sayang..
Siapa kate gadis melayu hilang didunia??hehe..
Pakai tudung je kot..tapi dah macam jubah dah abah tengok..phewww..

Wednesday, June 8, 2011

Ms Greeny Turtle

Salam Melia,
Dulu abah dah kasi Mr. Froggy.. tapi Melia tak leh nak main, besar sangat kot mr.froggy tu..hehe.

Kali nie abah belikan Ms. Greeny Turtle..lebih kecil lebih senang dimain..hhaha..cam poyo je ayat!
ms greeny turtle tersadai penat kot..haha

2 sahabat..tengok mata, sama kuyu sama bulat.hehe.

Lollipop!

Haha..
Tergelak tengok Melia duk kemam lollipop..ni kerja mama la nih,abis rosak gigi anak abah..haha. Tapi bila mama tarik lollipop tu kat tangan Melia, meraum tak hengat dunia anak abah nih..hahaha!Melia2.. dah banyak ragam awak skang ni yer..

amboi..sedap sangat la tu yer..comot momot hah!

Tuesday, June 7, 2011

Crochet Sweater! Part III

Akhirnya..
Siap pun baju kait melia.. mama hebat lah!ahaks.
Amacam?sweater ala2 korea kot..hehe
Gaun plus baby hat..yang ini belum siap lagi nih.
Canggih la mama Melia nih..dulu buat stokin kaki, lepas tu buat reben kepala..buat pulak topi, kendiannya jadi pulak sweater..nih tengah nak siapkan gaun plak nih!seluar jer yang takde..hehe. Takpe, budak gegurl tak pakai seluar kan..Wohha!

Boleh baca part I, part II..


Monday, June 6, 2011

Kesian Mama...

Kesian kat mama Melia..Oh ya!ini cerita kelmarin nih..tapi abah Melia biasa la, sibuk ngalahkan menteri!

Malam kelmarin..sampai2 rumah je, mama macam biasa akan terus ke dapur..bukan niat nak masak, tapi mama nak simpan susu yang dipam masa kat office. Tetiba abah dengar mama jerit dari dapur..dengar pulak mama sebut Ya Allah!..abah masih kat luar rumah time nih, terus tengok apa jadi.. Tengok mama dah terduduk dah!dah sedu2 nak menangis.. Rupanya, peti ais tutup tak rapat.. habis semua susu frozen mama cair, habis semua rosak.. kesian mama!
Separuh dari susu yang rosak..
Yang belum sempat abah keluarkan dari peti ais..ini pun rosak!

Serius kesian abah tengok mama, sedih sangat tengok susu yang disimpan untuk Melia rosak macam tu jer. Oh ya!untuk siapa yang tak tahu, susu frozen kalau dah cair dah tak boleh nak dibekukan balik dah.

p/s: Kenalah kasi support lebih sikit kat mama lepas ni nih. hehe..

Monday, May 30, 2011

Jom Jenguk...Follow dan Komen.

Salam guys,
Ada sorang kawan ni dah maju setapak dalam dunia blog maya nih..dulu dia pakai domain free a.k.a blogspot je, tapi sekarang dah jadi [dot] com dah!dan pembelian domain [dot] com ini sendiri adalah hasil daripada blog beliau sendiri..Syabas!Berbalai kot bro..

Dan atas dasar setia kawan, saya nak promote domain baru beliau di www.hasrulhassan.com, jom kita gi jenguk jap..boleh follow..or komen atleast.
Dari blogger untuk blogger : http://www.hasrulhassan.com
Oh ya!hampir terlupa..kat bawah ni saya nak share entri/info yang saya rasa patut korang baca and ambil tahu...

Wednesday, May 25, 2011

Baju Kurung...

Salam,
Kalau raya dah dekat, mula lah nak tempah baju kurung..paling tidak pun, beli siap dok. Melia pun sama, hari2 duk mintak baju kurung.hehe..acah je! Ni Abah nak tunjuk baju kurung pertama Melia nih..dah siap dah!Buat pakai raya nanti, dan paling syok baju ni free je. Bro esti & Bro faizal a.k.a si tailor hebat yang jahitkan, diorang cuma amik upah jahit baju mama je..Melia punya baju diorang kasih hadiah katanya. Haha..rezki AnakAbah!

Amacam baju kakak?ok x..

Uiks!macam budak boy la kakak..hehe.

p/s: boleh klik sini kalau nak tengok ragam si tailor ukur baju Melia...

Friday, May 20, 2011

Bonus ooo Bonus!

Salam guys,
Bulan 5 ni cukup sinonim dengan bonus? bonus apa pulak ni..ini bukan Bonuslink atau pun bonus point bile joint MLM ok, ini bonus incentive bagi kaum pekerja..tak kira la kome kerja gomen atau pun private, mesti akan merasa bonus. Yang bezanya cuma banyak ngan sikit je.. Bonus biasanya paling sikit pun sebulan gaji,tapi bila dapat kurang dari sebulan tu automatik majikan akan cakap itu token..bukan bonus.Haha.. 
 
Apasal cakap pasal bonus ni?Hehe..actually semalam kami semua baru jer dibayar bonus..suka aku!average masing2 dapat 3.5 bulan. Masuk opis pagi semalam masing2 mulut dah sampai ke telinga..haha..semangat kerja pun laen macam dah..haha. Kali ni alhamdulillah, merasa juga tengok payslip tertera ngan RM 5 angka..kira boleh la settlekan mana2 hutang tue. Eh!ada ker??haha..
Eh!apa kena mengena ipad 2 dalam ini cerita?hehe...
Tapi..

Thursday, May 19, 2011

Kalau Dah Nama Anak Abah...

Salam Qamilia,
Hari ni AnakAbah kena inject lagi..tapi rasa ralat sikit sebab tak dapat nak temankan Melia jumpa Dr. Zul.

Takpe, lupakan sat pasal inject minject tue..nih abah nak tunjuk gambar yang mama snap masa kat rumah atuk baru2 nie. Sori la gambar tak berapa clear, maklumla pkai BB mama.. kalau pakai satio abah kompen dapat HD.ahaks!

Gambar ni menceritakan segala2nya..kalau dah nama AnakAbah tue, tidur pun mesti nak ikut gaya abah..haha!layan..
Gaya tangan atas kepala..nasib baek abah pkai baju, klau x terserlah segala rahsia..haha!
Jom Melia, kita buat gaya menongkak pipi plak..

Tuesday, May 17, 2011

Raya Dah Dekat..Eh!!

Bila cakap pasal raya, Mama dia la yang semangat.. apa tidaknya, baju raya mama tak pernah kurang 7 helai..itu paling kurang tue, waktu mengandungkan Melia tahun lepas! Tapi abah xkisah.. Mama selalu cakap " raya setahun sekali jer..". Hmmm... Mentang2 baju jahit sendiri, boleh la lebih sikit..dok gitu Mama?hehe...

Itu dulu-dulu, tahun ni terpaksa tempah la Melia... Mesin jahit mama rosak!haha..kesian mama. Insyaallah.. abah dah survey dah mesin mama tu..kalau jadi dealnya, boleh la mama menjahit balik.Hehe.. Actually 2-3 hari ni mama asyik cakap pasal mesin jahit je..Eh!apa melalut citer pasal mesin mama nie.. Abah nak cerita pasal baju raya AnakAbah Qamilia la..Jangan marah ya ma, laen kali turn mama.

Ok, memandangkan mama dah tak boleh nak jahit baju.. baju raya untuk Melia kena la tempah. nanti kita tengok apa gaya bila Melia pakai baju kurung..hehe..
Kenapa anak abah buat muka pelik jer tue?hehe..
Alamak!besornye pinggang...

p/s: yang bagusnya, tailor ni siap datang rumah lagi nak amik ukuran.. upah pun tak mahal..wohha!

Melia Genap 5 Bulan Dah..

Sori Mel, lama betul abah tak update kisah Mel.. bukan malas..bukan sibuk.. tapi tak sempat nak bukak blog, dek melayan kerenah Melia yang ligat plus bising tak hengat dunia skang nih.. Serius tak boleh duk diam Melia skang ni! Mulut plak mengalahkan Mak Bedah..haha.

Hari ini 15/5/2011, genap 5 bulan Melia lahir. Kaki ligat macam gasing.. Mulut bising cam Mak Bedah.. selera pun dah besar dah.. pantang nampak orang makan, tangan tak boleh duk diam..nak capai sudu. Kekadang sian tengok Melia, kecur air liur tengok orang makan. Sabar sayang, nanti abah tanya Dr. Zul..dah boleh makan ke belum.

Ni la jadi bila tak boleh duk diam..haha.

Tuesday, May 3, 2011

iTune Card Penipu?

Salam,
Pernah dengar dengan iTune Card?? or iTune Management (M) Sdn Bhd??

Sebelum saya kata iTune ni penipu ke..such a scam ke.. meh saya crite dulu apa yang jadi. Petang semalam jalan2 cari makan, lepas tu singgah masuk Tesco Shah Alam.. saje jalan2. Sekali my wife tunjuk kat satu booth travel agency nie, pakej2 dia memang menarik.. kami survey2 la kan.. lagipun memang saya tengah mencari pakej hotel plus tour guide tuk ke bali bulan 9 ni nanti.. flight semua dah booked tinggal hotel je yang belum ada.

Mula2 tengok iTune Card ni ingatkan satu group ngan tune hotel tu..agen tu kata bukan, logo ngan tulisan jer sama. Masa tu memang dah tefikir dah kenapa nak kena buat sama? ke memang nak bagi orang konfius..Hmm.. Saya tanya je la pakej yang iTune ni ada, baik local.. baik international.. memang menarik, murah tapi masih masuk akal. Dalam duk dengar agen tu bercerite, saya belek2 flyer and booklet yang dorang letak atas meja.. Pang! saya perasan yang iTune ni ada banyak website, alamat email pun pakai gmail jer.. bila tanya, cakap salah printing..boleh ke cenggitu..nih ha antara website iTune tu, korang check la..memang tak pro!
  • www.itunecard.com
  • www.itunecard2u.webs.com
  • www.itunealliance.com
Masa tue, agen ni bagi jaminan yang macam2.. pastu kata boleh refund duit kalau solid reason la.. pikir punya pikir, saya gamble ambil pakej card vip tu tapi saya mintak bayar RM100 dulu, full payment lepas dia settlekan urusan booking semua.

Cerita tak abis kat situ lagi...

Monday, May 2, 2011

Puzzle Bersama Puteri Katek!

Salam,
Bila takde idea nak buat entri, ginih la jadinya..jalan2 kat blog kawan-kawan, cari apa2 yang menarik buat panduan hidup. Aiceh!haha..

Nak join contest, klik jer sini...
Tadi, duk jalan2 tu.. jumpa pulak game pabret kat blog Puteri Katek.. dia buat contest Puzzle! saya kalau bab2 game puzzle ni memang cukup hantu, tambah-tambah kalau puzzle sudoku. Takleh lepas nih, sambil layan minat boleh join contest..haha.

Puzzle puteri katek ni tak lah mencabar (saje kasi bakar PK skit..hehe), tak sampai 5 minute jer pun dah siap.. tapi boleh jamin la, saper2 yang tengah mati kutu..tengah tension.. boleh layan puzzle tu kat sini, kita enjoyyyy!hehe..saje nak gedik.Haha..


p/s: jawapan puzzle tu korang bleh check kat sini... tak boleh letak sini, puteri katek dah warning!haha.

Friday, April 29, 2011

Projek Terbaru Mama - Part II

Salam,
Rentetan dari projek terbaru mama hari tue, eh!projek mana nih?projek tue ker?ah!tak payah susah2 fikir, kalau nak tahu boleh jer jengok kat sini..
.
.
.
.
.
.
Dah baca dah.. dan inilah hasilnya..Syabas ma,u have done a great job!
Antara hasil tangan mama, paling abah suke cekak bunga pink tue...

Setakat hari nie, baru sebelah je kasut Melia siap.. abah suka, comel!

p/s: tapi ma, abah masih lagi tunggu mama kait baju untuk Melia nie..hehe.

Thursday, April 28, 2011

AMRAFAHAN : Cerita Mengarut Aku!

(maaf bahasa kali agak kasar..ini bukan bahasa blog ini, ini bahasa budak pendek akal yang nak mencarut mengarut!)

Straight to point, aku memang bengang giler ngan budak 3 orang nih..pagi2 lagi datang gegar  rumah orang,takde salam takde ape main redah jer masuk rumah orang! Time tu aku tengah sedap jer duk layan jagung...terkejut beruk mak,nok..sib baik tak jadi macam kat bawah nih. Hampeh punyer budak!
Image ehsan dari pakcik google!
"Pakcik, Melia mane pakcik?mane die?" jerit salah sorang budak tue.
"Ko kenape cari anak aku?ko nak buat ape ngan die?tuh!sane tuh anak aku..tengah baek duk layan counter strike tue.."
"Ah!pakcik tak payah masuk campur hal orang muda!kami datang nak CUKUR  JAMBUL die.. sebab jambul die la semua budak2 hensem kat taman ni nak kenen die..abis takkan kami nak tengok jer! kami pun nak jugak.."

Wednesday, April 27, 2011

Ini Entri Khas

Salam,
Entri nie saya buat atas dasar persahabatan dan tanda terima kasih saya pada tuan empunya blog ni yang selama ini banyak membantu saya dalam dunia blog nih. Jujur saya katakan, blog ini banyak dan tak lokek untuk berkongsi ilmu tentang segala benda..tiada tema, tiada genre yang boleh membatas kan idea beliau.

Siapa yang saya maksudkan?anda tengok badge bawah ni.. saya yakin anda semua kenal ngan beliau!or feel free to say hi @ hasrulhassan.blogspot.com.
Oh!ya, anda juga boleh support bro hasrul hassan untuk DiGi wwow Awards. Klik sini..

p/s: Thanks bro, atas segala tunjuk ajar.

Subhanallah... Tolong Doakan Makcik nie!


Salam,
Memang aku takut dengan ape yang dah jadi...tadi tengok FB makcik kat atas tue, anda tengok, anda renungkan la. Mengucap panjang, tak sanggup nak baca komen-komen dia..mintak2 la bertaubat, mari pakat sama-sama doakan makcik nie supaya ditunjukkan jalan yang benar.

Serius saya memang takut dengan keadaan yang jadi sekarang ni, dunia dah tak LAMA dah. Jangan sesekali lupa solat kawan2, solat penawar segalanya. Insyallah.

Tuesday, April 26, 2011

Tag Bendera Negeri Untuk Blogger

image dari nyetok.com
Salam,
Tadi duk main2 dengan pakcik google nak cari lagu negeri kelantan, terjumpa dengan tag-tag negeri nie... letak kat sidebar pun smart nih! Kalau pandai main ngan code html tu, boleh la buat widget macam widget upin ipin tue.

Sekadar ingin berkongsi, kredit penuh kepada nyetok.com. atau boleh terus keblog beliau.
Ada 20 set semuanya, klik untuk download:

Tadi saya dah buat widget dengan tag negeri kelantan tu, saya edit kasi senget sikit...tapi tak sampai 5 minit letak, kena sound ngan bini, maklum la bini orang selangor. Suami mithali kena la ikut cakap bini kan der..Eh!mana ada takut.hehe..


p/s: aku bangga jadi anak kelantan, perasan tak yang blog ni pkai kaler bendera kelantan. wohha!

p/s2: Ops!malam nie kelantan menang 1-0 lawan selangor. Yang, selangor kalah la..wohha lagi haha...

Monday, April 25, 2011

Pantang Larang Untuk Penyakit Kanser

Salam,
Pantang larang untuk penyakit kanser. Tadi terjumpa kertas usang dalam wallet...buka tengok, jelas tertulis "pantang larang penyakit kanser".. kepala terus ingat arwah mak.

Diward Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu..2 hari sebelum arwah mak meninggal, ada seorang pakcik tegur tanya mak sakit apa, kesian tengok mak duk menahan sakit agaknya. "Mak ada lymphoma...kanser hati" itu yang dibagitahu doctor. Pakcik tu terus tarik tangan saya, pergi dekat katil tempat isteri dia yang juga mengidap penyakit sama.

"isteri pakcik ni dulu sama macam mak kamu, sekarang ni alhamdulillah... dah semakin sihat".

Bila tengok isteri pakcik tu boleh sembuh, hati ni lega sangat.. tapi tuhan lebih sayangkan arwah mak, umur mak tak panjang. Semoga roh mak dicucuri rahmat dari-NYA dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin.. Al-fatihah untuk arwah mak..

Banyak yang pakcik ni nasihatkan, tak kurang dengan kata2 semangat..kita kena kuat..kena banyak sabar bila jaga orang sakit.

Sekadar perkongsian, saya nak share tentang pantang larang bagi pengidap kanser yang diamalkan sendiri oleh isteri pakcik ni.

Ben Cari Blog Baru Lah!


Salam,
Kali ni nak try segmen bro Ben Ashari pulak, segmen kali ni bertujuan nak kumpul geng2 blogger yang baru berjinak2 dengan dunia blog. Boleh check sini...

5 blog baru yang selalu saya masuk:

Dan, 5 blog otai yang saya suka lawat:


p/s: Jom reramai kita vote bro Ben tuk Digi Awards plak... Klik  sini!

Sunday, April 24, 2011

Melia in Action...


Akhirnya dapat gak rakam Melia gelak, tersenyum sorang2 bile layan video nie.hehe...

p/s: nak tahu bile hari pertama Melia gelak, klik sini...

Saturday, April 23, 2011

Mama Penat...Abah pun Penat...

Aduuuh...penat betul ari ni!

Mama hari nie dengan activiti catering, tolong atuk Melia catering... Mama macam biasa la jaga lauk pengantin, serve pengantin.. Catering hari nie kat area shah alam nie jugak, untuk wedding pelakon janji diana tue...Rafena Ezanee  dan pasangan nya Mazlan.

Abah pulak pergi shoot video kat Rumah Anak-anak Yatim YPIN, Sg. Maggis Banting. Pergi dalam pukul 10, habis shoot dalam 3 setengah lebih kurang..itupun sebab dah tak boleh nak shoot dah, dua2 camera batery dah out. Video nie nanti nak tayang masa majlis makan amal anjuran bersama Hospital KPJ Selangor & rumah anak yatim nie. Nie 1st time abah ikut budak IT buat outdoor, saja nak menyibuk..hambek kau, basah lenjung abah main panas.Haha.

Popular kerana FB!

(Tadi aku terbaca ini...terus dapat idea nak buat entri nie!)

Dah ramai yang popular dek penangan YouTube, ada yang dah jadi artis dah pun... tengok la Zee Avi, Melda Ahmad.. Minggu lepas kecoh pulak pasal cikgu shida dari parit, semuanya penangan youtube!Jarang pulak kita dengar kes popular dek kerana Facebook nie, kes jenayah banyak la...

Tapi FB dah buat sesuatu kat abah..Ahaks! Nak tahu apa jadi, baca screenshoot kat bawah nie..

p/s: siapa2 yang ada buku indikator KPT 2008/2009 boleh la tengok hasil dia, gambar abah kat sebelah logo 1malaysia tue.Woha!

Thursday, April 21, 2011

Projek Terbaru Mama?

Tue dia aih... kemain lagi mama Melia nih, balik kejer petang tadi duk hayun2 beg plastic...dengan niat nak nunjuk kat abah la tue..huh! Jeng3...sambil bukak beg plastic tunjuk kat abah. Hehe senyum jer mama...
benang yang bakal dikerjakan mama...
Dalam kepala ingat mama nak kait baju, roper2nya nak buat topi, eh! reben kepala Melia jer. Hmmm...nie la projek terbaru mama lepas nie. Mama cakap lepas nie dia nak try kait baju untuk Melia pulak, kita tengok yer sayang..jadi ke tidak baju Melia tue nanti.hehe..go mama go!
nie kuntum bunga ke-2 nie...

p/s: Bukan nak memuji...tapi mama memang suka buat kerja2 tangan nie. Baik mengait...baik jahit baju...semua mama buat sendiri. Kalau masak tue tak payah cakap la, memang terbaek la der.

Wednesday, April 20, 2011

Cerita Seminggu, Eh!3 Minggu...

Dear Melia,
Kali nie abah cover cerita2 seminggu 2 minggu eh! 3 minggu yang takdan abah nak update. Maklum la abah Melia kan manusia paling sibuk kat muka bumi nie.Huhh! Meh tengok apa jadi...

1. Melia Meniarap
8.4.2011, hari pertama Melia boleh meniarap dengan sendiri, tanpa bantuan siapa2...selalu kalau nak meniarap, kena ada yang tolong tolak kasi pusing habis. Hari nie, dengan jayanya Melia buat sendiri jer, tangan pun dah pandai nak ke depan.Hebat! macam nie la AnakAbah.

Dah macam army merangkak dah ha...
lagi cerita menarik...

Tuesday, April 19, 2011

Melia & Sikembar, Izhar-Izham


Now, dapat juga Melia bergambar ngan sikembar Izham dan Izhar. Sikembar nie 2 pupu Melia, abah sikembar ngan mama sepupu. Kalau nak tahu, tarikh lahir Melia ngan sikembar cuma beza 4 hari jer, Melia 17 Dec...Sikembar pulak 21 Dec.

p/s: Amacam auni auni auni a.k.a sikembar en.huszaini? Melia pun ada geng kembar la...hehehe

Monday, April 18, 2011

|Galeri Melia| Album Aqiqah...


Aduui... lamanya nak siap album aqiqah Melia nie, majlisnya hujung bulan 1 hari tue...ini masuk bulan 4 baru siap.. tapi Melia jangan risau, hasil die memang terbaek!abah suka. Dulu masa abah kawin, album biasa2 jer...memang kalah lah!

Meh abah criter sikit perihal nak dapatkan photographer untuk majlis aqiqah Melia nie. Mula2 tue, ingat nak shoot sendiri jer...tapi bila fikir balik, awak la yang nak shoot... awak la nak dukung anak...awak la nak layan tetamu. Mana nak dan! Kelam kabut jugak la abah nak cari orang last2 minute macam tue. Abah call man, hampa...abah call wak, hmm pegi bali pulak..abah call syirin, kawan die pulak tak available. Last2 teringat kat kawan opis abah, brother azi...terus call, alhamdulillah die on..(yang dekat ade, sibuk cari org jauh!hampeh betul abah nie..). So, inilah hasil kerja tangan uncle Azi...terbaek dari ladang la...

Friday, April 15, 2011

Puting? Hisap...urm...urm...


Urmmh..Urmh.. sedap betul hisap puting. Siapa kata hisap puting tak nikmat?? kite yang nengok nie pun boleh rasa nikmatnya. Wuuuuu...

Ok, sekarang nie mama dah ajar Melia hisap puting a.k.a pacifier dah...tapi tue tak bermakna mama tak kasi hisap mama punya dah, cuma  sekarang nie Melia asyik nak ngempeng jer sampai mama takde masa nak main-main ngan abah..eh!! hehehe...

Comel jer tengok Melia nak hisap puting tue.. plup!plup! melompat lompat puting tue kat mulut Melia. Taknak cakap lagi la. Layan jer video Melia kat bawah nie, tengok kat minit 1:39 tue... so sweet anak abah! hahahaha.


hurmm...sedapnya mama!

Thursday, April 14, 2011

Dah Pandai Gelak...


Ini cerita lama, tapi harinya abah tak pernah lupa. 

Hari tue 3 april 2011, ingat lagi time tue, lebih kurang pukul 9.30 malam.. Tengah baik duk layan ABP kat tv3, tetiba dengar anak abah nie gelak. "ekehkehekeh", Kaget abah ngan mama time tue, mama pandang abah, abah pandang mama...Hahahaha. Itulah gelak Melia yang pertama, selalu kuar suara "aaaaaaag....aaaaaag" jer. Tapi sayang abah takdan nak record moment tue. Sayang betul! 

Melia dah tengok video kat atas tue? macam tue la bunyi Melia gelak time tue, tapi pendek jer la.. pakwe kat atas tue panjang sangat gelaknya. Sweet giler la Melia time tue!Hmmm...AnakAbah...

Wednesday, April 13, 2011

Peragut Terdesak?

Peringatan! especially  untuk kaum-kaum ibu...


Kalau dapat tangkap peragut nie, elok awok bakor jer...eh!jangan, awok gurau jer. Paling tidak, kita kasi hancur jari-jari peragut tue.. biar dia tahu tangan tue untuk apa sebenarnya.

p/s: Abah dah dapat semangat baru untuk ber'blogging. Banyak cerita pasal Melia lepas nie!

Thursday, March 31, 2011

Serius lawak! What..What...Nak makan apa YO?

Ini giler punya projek nie...serius terbaik dari 1Tube! layan jer la tengok si Maria Elena nie. Memang boleh buat modal nak gelak sorang-sorang nih.
what..what...what... tak leh blah sleng dia. Hahahaha.

Wednesday, March 30, 2011

Deco Deco Beng Beng Boong!


Hok aloh!!
Lagi sekali saya join segmen ngan otai-otai blogger nie, sebelum nie dengan sifu BK tapi kali nie ngan abang sasa bergetah pulak. Hahaha... siapa lagi kalau bukan encik WWW.BENASHAARI.COM. Cube tengok gambar kat atas tue..."waaaaaa getah!"(tolong baca macam gaya Do dalam citer Laksamana DO RE MI). Abg Ben jangan marah, jangan saman saya, saya orang susah!

Segmen kali nie pasal deko-deko, ingat kan deko rumah...rupanya deko blog. Tapi, macam kebetulan pulak yang blog AnakAbah nie baru jer berubah wajah.

p/s: dulu pernah menang Deko Idaman TV3, dapatla bilik tidur baru..awesome! harap  untuk deko blog nie,abg Ben boleh la kasi komen atleast.wohha!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...