Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Monday, April 25, 2011

Pantang Larang Untuk Penyakit Kanser

Salam,
Pantang larang untuk penyakit kanser. Tadi terjumpa kertas usang dalam wallet...buka tengok, jelas tertulis "pantang larang penyakit kanser".. kepala terus ingat arwah mak.

Diward Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu..2 hari sebelum arwah mak meninggal, ada seorang pakcik tegur tanya mak sakit apa, kesian tengok mak duk menahan sakit agaknya. "Mak ada lymphoma...kanser hati" itu yang dibagitahu doctor. Pakcik tu terus tarik tangan saya, pergi dekat katil tempat isteri dia yang juga mengidap penyakit sama.

"isteri pakcik ni dulu sama macam mak kamu, sekarang ni alhamdulillah... dah semakin sihat".

Bila tengok isteri pakcik tu boleh sembuh, hati ni lega sangat.. tapi tuhan lebih sayangkan arwah mak, umur mak tak panjang. Semoga roh mak dicucuri rahmat dari-NYA dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin.. Al-fatihah untuk arwah mak..

Banyak yang pakcik ni nasihatkan, tak kurang dengan kata2 semangat..kita kena kuat..kena banyak sabar bila jaga orang sakit.

Sekadar perkongsian, saya nak share tentang pantang larang bagi pengidap kanser yang diamalkan sendiri oleh isteri pakcik ni.

1. Pantang memakan
- makanan yang pedas
- yang bercucuk seperti sate
- makanan laut (seafood)
- Ikan kecuali kembung, cencaru, selayang dan selar sahaja yang boleh dimakan
- Daging
- sebarang jenis mee (mee kuning, bihun dan keuh tiaw)

2. Untuk mengoreng, cuma guna minyak yang berasaskan bijirin seperti minyak zaitun

3. Bagi ikan yang dimasak cara bakar, pastikan jangan terlalu hangus

4. Banyakkan memakan sayur; paling penting sayur bayam, lobak merah dan labu air (kecuali sayur2 jenis menjalar seperti kacang panjang)

5. Jangan makan buah2 yang masam seperti limau atau oren

6. Sentiasa menjauhi diri dari tempat2 panas seperti dapur (terbukti yang sel2 kanser mudah merebak pada suhu panas)

7. Jangan makan ikan bilis atau budu

8. Jangan sesekali mengurut badan, cukup sekadar mengosok ditempat yang lenguh/sakit..dan jangan guna minyak panas.

9. Jangan minum kopi atau nescafe. Cuma minum teh, lagi bagus kalau teh hijau.(elok kalau selalu diamalkan)

10. Hindarkan minuman bergas, banyakkan minum air kosong. Ais jangan!

11. Susu, cuma yang fresh saja boleh minum

12. Akhir sekali, banyakkan makan multivitamin.


p/s: lupa siapa nama pakcik tue, dia orang terengganu tapi sanggup turun kota bharu tiap2 bulan bawa isteri buat chemo. Thanks pakcik!

7 comments:

cik rama-rama said... [Reply to comment]

ish...byknyer pantang larang...itu lar org ckp..mencegah lebih baik dari mengubati...takot2...takziah kat arwah mak abg...

Feizal said... [Reply to comment]

@cik rama-rama
Bile dh sakit, xboleh nk buat mcm org sehat dh..

アヌム ちゃん~~ said... [Reply to comment]

Salam.bw here^^ nice blog :)
Feel free to visit me @ frommetoyou~
Ada entri baru^^ TQ

Huszaini said... [Reply to comment]

Nice bro! peringatan yang baik!

Feizal said... [Reply to comment]

@Huszaini
Thanks bro...

Cik Yana said... [Reply to comment]

Salam.
Takziah atas pemergian mak awak. Semoga roh arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman.

And thanks for the info, actually cik Yana tengah mencari maklumat tentang Lymphoma ni sebab adik cik Yana baru je disahkan ada kanser ni. Huhuhu~ Thanx a lot untuk pantang larang kat atas ni :)

Feizal said... [Reply to comment]

@Cik Yana,
Bersempati dgn adik cik yana dan sekeluarga..
Ikhtiar kite..usaha kite..jgn sesekali terhenti. selebihnya, kite berserah dan berdoa pada yang Esa..insyallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...