Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"
Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Melia Dapat Adik??

Assalamualikum,

Bukan lagi persoalan, bukan lagi angan kosong.
Nur Qamilia Irdina Binti Mohamad Faizal sahih akan dapat seorang lagi adik!:)
Syukur Alhamdulillah..penantian dan usaha lebih 2 tahun selepas yang pertama.

Penangan angin bayu sejuk Sabah agaknya. ;)

Secara rasminya Abah announced today!
and Insya-Allah awal November 2013 akan hadir Baby Jr. dalam keluarga besar Hj Saad & Hjh Sabariah. Lagi sorang tok! Heheh...


P/s: Nur Melati atau Mohamad Sa'a Rani?? :)

Sunday, May 12, 2013

Kisah Mama & Melia!

[Situasi]
Mama tengah masak kat dapur, Melia depan TV layan cartoon macam biasa..:)

Melia: Mama, baby nak shushu.. (dari depan TV)
Mama: jap la bee, Mama nak masak jap..

Melia: Mama nak Shushuuuuuuu...
Melia: Mama pleasssssssh...pleasssshs...(dengan gaya Puss in Bootsnye..)
Lebih kurang gayanya


Mama: Alaa..kejap la bee, Mama nak masak nie..
(Terus Melia pergi dekat mama,paut kaki mama..)
Melia: Pleassssshhh mama..Pleasssssssssh..

Hahaha..Kalah mama ngan Melia kali nie..Terus dapat Shushunye!hahaha..
Gelak besar Abah bile Mama cerita situasi kat atas..Anak anak...macam2 dah sekarang nie.
Jap Abah nak sambung gelak..

KAH.
KAH..KAH..
KAH..KAH..KAH..

Salam!

P/s: Selamat Hari Ibu buat Mama Melia! :)

Saturday, June 2, 2012

Galeri : Birthday Qamilia Irdina..

Salam,
Abah lupa yang abah janji nak up'kan gambar masa sambut birthday pertama Melia pada malam 17 December 2011 lepas. Ari nie dah 2 Jun 2012..dah 6 bulan dah!hehehe..sorry la, abah Melia kan selalu perasan sibuk.


Seperti yang abah cerita dulu, boleh check post dulu kat sini, cuma gambar sebelum dah selepas majlis je yang sempat ambil, jangan marah abah ye sayang..marah mama. Abah kat luar..mama yang kat dalam rumah time tiup lilin tuh. Ma, jawap la yer..


Air Tangan MAMA - Apam pokkadot & Red Velvet cake
Pssst..ini percubaan pertama mama buat Red Velvet nih, dan semua puji cakap sedap. sampai sikit pun tak tinggal kat abah..sedih!
Red Velvet siap disapu cream..eh!betulke org pgil cream ma??

kawan2 dah balik..time buka hadiah.

Antaranye...biase la, paling banyak bear & baju

Melia sekarang: bile tgk bear, "beeibi..beeibi"..bile tgk gaun, "shaaanntik!"

Abah: <----1st time sambut besday umur 20 tahun kot!

Tuesday, June 7, 2011

Crochet Sweater! Part III

Akhirnya..
Siap pun baju kait melia.. mama hebat lah!ahaks.
Amacam?sweater ala2 korea kot..hehe
Gaun plus baby hat..yang ini belum siap lagi nih.
Canggih la mama Melia nih..dulu buat stokin kaki, lepas tu buat reben kepala..buat pulak topi, kendiannya jadi pulak sweater..nih tengah nak siapkan gaun plak nih!seluar jer yang takde..hehe. Takpe, budak gegurl tak pakai seluar kan..Wohha!

Boleh baca part I, part II..


Monday, June 6, 2011

Kesian Mama...

Kesian kat mama Melia..Oh ya!ini cerita kelmarin nih..tapi abah Melia biasa la, sibuk ngalahkan menteri!

Malam kelmarin..sampai2 rumah je, mama macam biasa akan terus ke dapur..bukan niat nak masak, tapi mama nak simpan susu yang dipam masa kat office. Tetiba abah dengar mama jerit dari dapur..dengar pulak mama sebut Ya Allah!..abah masih kat luar rumah time nih, terus tengok apa jadi.. Tengok mama dah terduduk dah!dah sedu2 nak menangis.. Rupanya, peti ais tutup tak rapat.. habis semua susu frozen mama cair, habis semua rosak.. kesian mama!
Separuh dari susu yang rosak..
Yang belum sempat abah keluarkan dari peti ais..ini pun rosak!

Serius kesian abah tengok mama, sedih sangat tengok susu yang disimpan untuk Melia rosak macam tu jer. Oh ya!untuk siapa yang tak tahu, susu frozen kalau dah cair dah tak boleh nak dibekukan balik dah.

p/s: Kenalah kasi support lebih sikit kat mama lepas ni nih. hehe..

Friday, April 29, 2011

Projek Terbaru Mama - Part II

Salam,
Rentetan dari projek terbaru mama hari tue, eh!projek mana nih?projek tue ker?ah!tak payah susah2 fikir, kalau nak tahu boleh jer jengok kat sini..
.
.
.
.
.
.
Dah baca dah.. dan inilah hasilnya..Syabas ma,u have done a great job!
Antara hasil tangan mama, paling abah suke cekak bunga pink tue...

Setakat hari nie, baru sebelah je kasut Melia siap.. abah suka, comel!

p/s: tapi ma, abah masih lagi tunggu mama kait baju untuk Melia nie..hehe.

Saturday, April 23, 2011

Mama Penat...Abah pun Penat...

Aduuuh...penat betul ari ni!

Mama hari nie dengan activiti catering, tolong atuk Melia catering... Mama macam biasa la jaga lauk pengantin, serve pengantin.. Catering hari nie kat area shah alam nie jugak, untuk wedding pelakon janji diana tue...Rafena Ezanee  dan pasangan nya Mazlan.

Abah pulak pergi shoot video kat Rumah Anak-anak Yatim YPIN, Sg. Maggis Banting. Pergi dalam pukul 10, habis shoot dalam 3 setengah lebih kurang..itupun sebab dah tak boleh nak shoot dah, dua2 camera batery dah out. Video nie nanti nak tayang masa majlis makan amal anjuran bersama Hospital KPJ Selangor & rumah anak yatim nie. Nie 1st time abah ikut budak IT buat outdoor, saja nak menyibuk..hambek kau, basah lenjung abah main panas.Haha.

Thursday, April 21, 2011

Projek Terbaru Mama?

Tue dia aih... kemain lagi mama Melia nih, balik kejer petang tadi duk hayun2 beg plastic...dengan niat nak nunjuk kat abah la tue..huh! Jeng3...sambil bukak beg plastic tunjuk kat abah. Hehe senyum jer mama...
benang yang bakal dikerjakan mama...
Dalam kepala ingat mama nak kait baju, roper2nya nak buat topi, eh! reben kepala Melia jer. Hmmm...nie la projek terbaru mama lepas nie. Mama cakap lepas nie dia nak try kait baju untuk Melia pulak, kita tengok yer sayang..jadi ke tidak baju Melia tue nanti.hehe..go mama go!
nie kuntum bunga ke-2 nie...

p/s: Bukan nak memuji...tapi mama memang suka buat kerja2 tangan nie. Baik mengait...baik jahit baju...semua mama buat sendiri. Kalau masak tue tak payah cakap la, memang terbaek la der.

Wednesday, March 23, 2011

Giliran Mama Melia Pulak!

Fast update untuk hari nie... bulan lepas abah yang kena, bulan nie giliran mama pulak! nak tahu abah kena apa?? klik sini dulu.

Dah baca dah?dah tahu abah kena apa? hahaha... bulan nie turn mama Melia pulak. kenaikan yang buat mama terlompat-lompat girang!hahaha.. Alhamdulillah... Melia betul-betul membawa rezki untuk keluarga kita. Bak kata atuk Melia, "dapat durian runtuh la korang tahun nie yer".

nie la orang yang hepi sgt tue...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...