Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Saturday, October 27, 2012

Salam Eid-ul Adha

Salam Eid-ul Adha,
Masih Belum terlambat rasanya..walaupun ini hari ke-2 hari raya qurban. Sebut pasal qurban, Abah nak share satu kisah menarik dai Abah terhebat (Abah alim kononnya..hahaha..sorry bro..), kisah from Bro. Hamka.

Aku terima SMS dari abang aku.

“Adik beradik mahu korban seekor lembu tahun ini, sekarang sudah ada empat nama, nak masuk bahagian tak?”

Aku termenung tentang ibadah qurban, hukumnya adalah sunnat yang di tuntut, sesetangah mazhab ada menfatwakan wajib bagi mereka yang mampu berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah r. a yang mengatakan Nabi bersabda: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.

Lagipun banyak kelebihan ibadat qurban seperti dosa akan terampun bersama titisan darah binatang yang di sembelih, pahala sebanyak bulu di badan binatang dan lain lain.

Aku pun balas SMS.

Wednesday, June 6, 2012

Jailbreak iOS 5.1.1 dengan Absinthe 2.0.4

Salam,
Hari nie abah nak tukar topic sikit, bukan nak cerita pasal Melia tapi nak buat tutorial.

Tutorial macam mana nak jailbreak iDevice (iPad,iPhone,iPod) iOS 5.1.1, lama dah duk cari jailbreak untuk iOS 5.1.1 nie. And yang paling penting ini version untethered ye..bukan tethered. Jadi, tak perlu risau kalau nak or ter'poweroff iDevice kita tue.
Transition page selepas jailbreak..mengunakan iTweak cydia, "Barrel" from bigboss!

Kali nie saya test buat kat iPad dulu..iPhone kemudian. Senang jer nak buat jailbreak nih, tak sampai pun 15 minit..tak perlu nak buang duit hantar kedai. Ok, let me show the move..aicheh!hahaha..

Saturday, June 2, 2012

Galeri : Birthday Qamilia Irdina..

Salam,
Abah lupa yang abah janji nak up'kan gambar masa sambut birthday pertama Melia pada malam 17 December 2011 lepas. Ari nie dah 2 Jun 2012..dah 6 bulan dah!hehehe..sorry la, abah Melia kan selalu perasan sibuk.


Seperti yang abah cerita dulu, boleh check post dulu kat sini, cuma gambar sebelum dah selepas majlis je yang sempat ambil, jangan marah abah ye sayang..marah mama. Abah kat luar..mama yang kat dalam rumah time tiup lilin tuh. Ma, jawap la yer..


Air Tangan MAMA - Apam pokkadot & Red Velvet cake
Pssst..ini percubaan pertama mama buat Red Velvet nih, dan semua puji cakap sedap. sampai sikit pun tak tinggal kat abah..sedih!
Red Velvet siap disapu cream..eh!betulke org pgil cream ma??

kawan2 dah balik..time buka hadiah.

Antaranye...biase la, paling banyak bear & baju

Melia sekarang: bile tgk bear, "beeibi..beeibi"..bile tgk gaun, "shaaanntik!"

Abah: <----1st time sambut besday umur 20 tahun kot!

Tuesday, May 29, 2012

Video: Melia suka Ninja!



Skill Melia main Fruit Ninja..minute ke 0.14 Melia dah mula naik sheikhhh...

Nie waktu umur Melia setahun sebulan kot kalau tengok pada date abah saved video nih..8 feb 2012..tadi cari-cari gambar Melia nak buat entry, jumpa pulak video nih. Sorry video low q, abah dah convert kasi kecik skit.



Abah: <-- kecik2 suka gunting selipar kasut org yg datang rumah!arwah mak yg cakap..


P/s: Alfatihah untuk arwah nenek Mek Lati Deris & arwah atuk Mohamed Bin Sulaiman...

Sunday, May 27, 2012

Bosan Meh?

Fuuuh...Salam Melia,

Sorry lama Abah xupdate blog coret kisah buat Melia baca..jujur memang susah sangat nak on laptop kat meja tue, kalau tak pasal kerja memang tak bersentuh la laptop tue. Malas nak on and shutdown kot.. Pernah jugak try nak cuba update pakai phone tapi xsyok sebab tak boleh nak main main ngan HTML code. Nak pakai tablet lagi la...baru abah pegang kejap Melia dah sibuk nak main sekali.Huh!!

Malam nie, abah cuma nak cakap yang Melia sekarang nie memang dah banyak akalnya...nakal toksah cakap la..tersangat!!nanti abah Up kan gambar ngan video..kasi tengok nakal ngan akal panjang Melia..commel dowh!!hahaha.

Sedikit pasal Melia..sebelum abah tido.
  1. Sekarang dah setahun lima bulan sepuluh hari, cepat jer masa..
  2. Ayat yang selalu keluar mulut Melia...ABAH...NAK! NAK!..TAK NAKKKK...ATUK...AAAAIR...MAMA kadang2 jer Melia sebut.. Jangan marah MA,Melia sayang lebih kat abah..hehehe.
  3. Pandai main Fruit Ninja..Bird Rush..Suka bukak Angry Bird,tp tarik lastik terbalik..hehehe..suka main2 ngan Talking Tom..Talking Panda.
  4. Pandai bukak video Salena Gomez..dulu pantang dengar lagu love you like a love song nih mesti joget2..skang xder joget2 dah..
  5. Upin Ipin toksah cakap la..pantang!bile dah tengok tak hirau benda laen dah..
  6. aiPhone abah ngan mama nih selamber jer Melia bukak lock..pastu slide2 cari game.
  7. Pandai buat muka commel bile disuruh...bile suruh nanggis, tahu pulak buat nanggis..bunyik "eee eee.." sambil tangan sebelah gosok mata.Hahaha..
Okk dulu kot untuk malam nih,nanti kite sambung. Bagi abah panas dulu.

Gambar xberapa nak latest..pinjam kuda ikea buat posing!

Abah: Bosan meh baca update kali nih?sorry lah,rasa kekok lama tak menulis...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...