Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Monday, December 20, 2010

Nur Qamilia Irdina

Salam,

Nur Qamilia Irdina Bt Mohamad Faizal
|17 December 2010|1.03 pagi|3.5kg|51cm|

20.12.2010 @ 1.57 pagi... Jari jemari Abah terkial kial nak menaip diari pertama untuk AnakAbah nie...

(flash back-sambil bayangkan lagu Yuni Sahara-Sepi hehehe...)

14 Dec 2010
Lebih kurang jam 11.30, abah dapat call daripada mama dari hospital KPJ Selangor.. waktu tue abah kat KPJ Tawakal (1st time tak dapat temankan mama buat checkup). Suara mama buat abah risau, "lusa doctor suruh admit, tak boleh tunggu dah..baby dah besar, takut tak boleh bersalin normal". itulah antara ayat mama. Waktu tue, mama belum rasa sakit sakit lagi.

15 Dec 2010
Abah jumpa Dr. Shahbahiah, tanya doctor macam mana keadaan mama. Memang doctor suruh admit,baby dah membesar sangat.. At that time, baby dah 3.5kg...bertambah 0.5kg dlm masa seminggu. Doctor takut kalau tunggu lagi seminggu, baby boleh jadi 4kg...susah ntuk bersalin normal.

16 Dec 2010
Dalam jam 11 pagi, mama admit. Jam 12.35 mama kena indius sebab masih belum ada tanda tanda sakit. Lebih kurang jam 8 malam, mama dah start sakit sakit...nurse check jalan "dah bukak 3 cm".
Jam 9.30 pm - laluan 3-4 cm
Jam 10.30 pm - laluan 5 cm
Jam 11.30 pm - laluan dah 8cm, air ketuban pun dah pecah. Terus mama dibawa ke labour room.
Jam 12.35 am - Dr Shahbahiah sampai, terus check mama... lepas 5 minit, doc kata dah boleh, jalan dah buka habis..10cm! Bermula lah kisah mama dan kerutannya..hehehe..yang bagusnya, mama sikit pun tak menjerit. Abah cuma mampu menenangkan mama, sambil mata galak duk tengok AnakAbah tengah struggle nak keluar.

17 Dec 2010
Tepat 1.03 pagi, AnakAbah selamat dilahirkan... "tahniah, baby girl nie" sambil doctor angkat tunjuk dekat abah ngan mama. Bersih jer AnakAbah, terus abah azan kan. Sayu habis rasa masa tue. 

Please enjoy my liL princess,NurQamiliaIrdina|cahayaSUCIkehormatanku|...
selepas selamat diAzan'kan
sesudah dimandikan - day 1st
my lil princess' foot print!
|Abah|Qamilia|Mama|
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...