Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Saturday, November 5, 2011

Dah Ligat!

Assalamualaikum Qamilia,
Berbanyak2 sory sebab dah lama abah biarkan blog nih suram sunyi tanpa berita..aiceh!

Memang banyak yang nak abah ceritakan buat anak abah baca kendian hari nanti, tapi masa selalu mencemburui abah (perasan yang abah lah manusia paling sibuk!). Kali nih biar abah start dulu dengan cerita anak abah yang dah ligat berjalan..almaklum baru dapat kaki, tak mau dah sekarang ni merangkak!tak main dah mara pakai lutut ngan tapak tangan.

Bile dah dapat kaki memang lah tak boleh lepa..kejap2 kedapur..kejap2 kebilik air..ralik skit masuk stor..leka sikit dah separuh tangga nak naik atas. Memang kena lebih berjaga2 sekarang ni, itu sebab lah abah takde masa sangat nak update blog sekarang nih (alasan!cakap mama kat belakang tuh..hehehe).

Melia sekarang ni serius ligat..nakal budok nih!tapi abah ngan mama suka..tak kisah pun. Masa2 macam nih lah anak2 nak cuba buat semua benda, itu lah proses pembelajaran mereka..bukan begitu?boleh terbantut kot pembelaran anak2 kalau kita duk larang die main. Jadik abah tak pernah marah kalau Melia kecah2kan baju yang mama dah lipat..abah tak marah pun kalau Melia kecahkan file2 surat2 atas meja tuh..abah sikit pun tak marah, serius!..sebab mama ada..mama yang akan kemas balik..bukan abah!hehehe..

Satu abah nak Qamilia tahu..kalau time mama tengah duk lipat baju, Melia suka pulak pegi kecah baju2 yang dah siap berlipat tue..yang berlonggok tak berlipat tue tak pulak melia kacau..kekadang kesian kat mama, kekadang lucu pun ada bile tengok mama duk tarik2 rambut sendiri geram kat Melia.Hahaha..

Okey,cukup la dulu..meh layan video Melia nie dulu. Next abah sambung balik.



p/s: Gigi Melia dah 4 batang dah, cukup 2 pasang..bawah 2 atas 2.heee..

3 comments:

Hazwan Arif said... [Reply to comment]

nanti akan stat operasi menggigit haha

Feizal said... [Reply to comment]

@Hazwan Arif, dah slalu dh kena gigit bro...hahhaa

アヌムちゃん said... [Reply to comment]

seronoknya dia dh dpt kaki ye.heeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...