Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Wednesday, June 6, 2012

Jailbreak iOS 5.1.1 dengan Absinthe 2.0.4

Salam,
Hari nie abah nak tukar topic sikit, bukan nak cerita pasal Melia tapi nak buat tutorial.

Tutorial macam mana nak jailbreak iDevice (iPad,iPhone,iPod) iOS 5.1.1, lama dah duk cari jailbreak untuk iOS 5.1.1 nie. And yang paling penting ini version untethered ye..bukan tethered. Jadi, tak perlu risau kalau nak or ter'poweroff iDevice kita tue.
Transition page selepas jailbreak..mengunakan iTweak cydia, "Barrel" from bigboss!

Kali nie saya test buat kat iPad dulu..iPhone kemudian. Senang jer nak buat jailbreak nih, tak sampai pun 15 minit..tak perlu nak buang duit hantar kedai. Ok, let me show the move..aicheh!hahaha..

Terlebih dahulu, perlu download software kat bawak ni dulu:
1. Absinthe 2.0.4 - untuk jailbreak iDevice (ini untuk windows), ini link untuk Mac
2. TinyUmrella - untuk save SHSH blob

PENTING!
Sebagai langkah-langkah keselamatan, sebaiknya save SHSH blob & backup iDevice kita tu dulu sebelum start apa-apa proses jailbreak.

Simpan SHSH* Blob
1. Dowload sofware TinyUmrella kat atas tu dulu.
2. Connect iDevice ke computer
3. Klik pada nama iDevice anda kat ruang "Connected Devices" and kemudian klik "save SHSH". Ok, Siap! anda dah selamat simpan SHSH blob anda. Tutup application TinyUmrella.

*Simpan SHSH blob, ini penting bagi membolehkan anda untuk kembali kepada firmware yang sedang anda pakai apabila Apple tidak lagi membenarkan firmware itu digunakan. Ia juga berguna untuk anda restore semula ke firmware tersebut sekiranya proses jailbreak gagal. Siapa tahukan..malang tak berbau!

Backup iDevice & Transfer Purchase
1. Buka iTunes, and connect via USB cable ke iDevice
2. Pada bahagian nama iDevice kita tu, right klik and pilih "Transfer Purchase" dan kemudian pilih "Backup" pulak.
3. Selesai buat backup, pergi pada bahagian setting di iDevice kita, buat reset>>"erase All Content and Setting". Langkah ini bagi menjamin proses jailbreak nanti berjalan lancar. Jangan risau, nanti boleh restore balik guna backup yang kita buat sebelum nya.

Proses Jailbreak
1. Download Absinthe 2.0.4, pastikan letak kat desktop bagi memudahkan pencarian.
2. Buka fail Absinthe. Sambungkan iPad dengan kabel USB dan pilih jailbreak.

pastikan Absinthe detect iDevice kita tu..

Proses jailbreak sedang berjalan
3. Biarkan Absinthe melakukan kerja-kerja jailbreak. iPad anda akan kelihatan seperti sedang melakukan proses restore.

Jailbreak berjaya!
4. Setelah iPad dah on semula, kita akan nampak icon Cydia kat screen. Tahniah!!! dah berjaya jailbreak.
5. Masuk ke Cydia dan pilih user. Biarkan Cydia memuat turun segala fail dan akan sekali lagi menyebabkan iPad tue restart.
6. Masukkan source yang anda kehendaki. Macam "installous", bagi membolehkan kita download segala Apps dengan percuma!FREE beb!hehehe.. Boleh refer kat sini cara-cara nak masukkan source.

Selamat mencuba..and good luck!
Proses restore setelah jailbreak..ini gunanya backup sebelum jailbreak.


Abah: Jimat duit upah Jailbreak, boleh buat beli susu Melia..Wohha!

p/s: sumber rujukan..
http://www.idownloadblog.com
http://ohapplemy.com
http://shiblivision.com
http://bacteria82.blogspot.com

13 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Hai nk tny..klau kt xpakai Mac...mcm mn?..blah ke gn komputer lain?

Anonymous said... [Reply to comment]

Sy Ada laptop toshiba blah ke?..sorry sy dump ckit psl komputer nie...sbb nk hantar jailbreak kat kdai 200...

Feizal said... [Reply to comment]

Boleh..link yg sy bg nie untuk windows..bkn MAC..sy jailbreak pun pkai windows laptop..boleh rujuk link utuk rujukan lain..tq

najibadnan said... [Reply to comment]

kalau terlupa backup ipad..n dah ter jailbreak..bleh x nk undo jailbreak n backup ipad kt?

Anonymous said... [Reply to comment]

najibadnan
boley jer n boley blah ka.ka..ka..

Afend said... [Reply to comment]

Nak jailbreak tapi.. Takut rosak... Senang ker

Afend said... [Reply to comment]

Nak jailbreak tapi.. Takut rosak... Senang ker

Afend said... [Reply to comment]

done!! TQVM

Kelab Kembar Malaysia said... [Reply to comment]

Wah! lama tak singgah sini bro! tutorial jailbreak! sempoi!

Unknown said... [Reply to comment]

Kalau saya version 6.0 boleh tak buat jailbreak

Unknown said... [Reply to comment]

saya guna iphone 3gs ios 5.1.1 bb 05.16.05..boleh tak buat jailbreak guna absenthe ni law bb 05.16.05.??

Anonymous said... [Reply to comment]

Bro, link kat source tuh dah mati.

Anonymous said... [Reply to comment]

Nasihat aku jangan jailbreak la..menyusahkan bila nak update version tak boleh, akhirnya ipad terus mundur dari kemodenan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...