Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Sunday, January 2, 2011

Masih Dengan Masa Depan Anak!



Assalamualaikum, hari ni jari jemari ni laju pulak menaip petak-petak kecil keybord Miz Blezzing Vaio ni (perlu ker mention?), maklum lah idea masih fresh dalam kepala dan membuak-buak mintak dilepaskan.

2nd day in new year 2011(sunday!), saya terpaksa datang office untuk buat closing account! On 5th, external auditor akan masuk untuk buat year end audit. Sigh! Dengan berat hati ambil bagpack turun tangga tinggalkan my lil’ princess, Mellia dengan mama yang baru siap sarapan..

Sampai jer office, bukak my desktop, klik icon “HITs”,  tunggu HITs load jap...POP! pop-up messege keluar.
Server down pulak! On the spot, angkat phone tekan 3027 call IT minta settlekan cepat.

Tunggu punya tunggu lama la pula server nak UP balik. Terus buka blog, buat entri sambungan untuk “Tabungan atau backup plan untuk masa depan anak-anak”. Sila klik sini untuk post terdahulu.

Terdahulu saya sudah share apa kelebihan dan apa kelemahan SSPN ni, terpulang pada anda untuk menilai dan pastikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Secara peribadi, saya membuka saving SSPN untuk Mellia hanya semata-mata untuk melayakkan Mellia untuk memohon pinjaman PTPTN kelak. Pinjam dari PTPTN ini pun ada pro&cont juga, terpulang pada penilaian individu itu sendiri.

Untuk anak saya, saving pertama yang saya buka adalah Tabung Haji dan itu sememangnya sudah saya plan awal-awal lagi untuk jadikan normal saving untuk anak saya. Selepas selesai jer daftar kelahiran Nur Qamilia Irdina Binti Mohamad Faizal di JPN Plaza Masalam,Shah Alam saya terus ke TH Seksyen 9. Ops! Tapi sebelum itu saya sempat mendaftar Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) untuk anak saya (kebetulan agen TAWAS ada buka kauter di tingkat bawah JPN). TAWAS hanya untuk bayi yang lahir di Selangor sahaja dan mestilah berumur kurang dari setahun ketika hendak mendaftar. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut dan kelebihan bayi yang mendaftar dengan TAWAS ni.

Untuk Tabung Haji, saya akan simpan duit yang dapat dari saudara,kawan dan jiran-jiran yang datang melawat. Alhamdulillah selepas 2 minggu, saving Mellia dah dekat RM2k, rezki AnakAbah la tue. Kenapa saya memilih Tabung Haji? Disamping sebagai persiapan awal untuk menunaikan ibadat haji, Tabung Haji juga membayar dividen yang tinggi berbanding SSPN (dividen TH untuk tahun 2009: 5%, 2008: 5%, 2007: 7%).

Untuk saving ke-2, saya memilih untuk menabung dalam Amanah Saham Didik (ASD). Duit dari “Tabung Botol Susu” yang abah simpan sepanjang mama mengandungkan Mellia akan abah simpan dalam ASD ni. Tapi malangnya, ASD hanya layak untuk bayi yang sudah melebihi umur 6 bulan. Dan tambah mendukacitakan lagi, setakat hari ini (2 Januari 2011) unit ASD telah habis dijual. Sebagai alternative lain, saya mungkin memilih ASB atau ASW sebagai saving ke-2 untuk anak saya. Tapi nanti terpaksa open atas nama saya la sebab ASB/ASW hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun keatas sahaja!

Selain itu, saya memilih untuk membeli insurance untuk jaminan coverage untuk medical dan education anak saya. Selepas survey dan mengambil kira kredibiliti agen insuran itu sendiri, saya memilih untuk bersama Prudential BSN. Dengan hanya RM100 sebulan anak saya mendapat benefit seperti medical coverage, education benefit dan akan dapat saving value selepas tempoh matang.

Since my employer cuma cover kos medical untuk pesakit luar, saya memerlukan plan perlindungan insuran sekiranya anak saya warded. Bagi saya, insuran semuanya lebih kurang sama cuma apa yang penting kita perlu pandai memilih dan tahu apa keutamaan kita bila membeli insuran. Dan yang paling penting, perlu melalui agen yang mempunyai tahap PR yang bagus dan senang untuk dijadikan kawan. Kenapa? Sebab dengan agen ini la kita akan berurusan bila hendak buat claim nanti.

Antara benefit dari Prudential BSN ni (berdasarkan plan yang saya ambil, RM100 per month):
1. 100% Coverage of Medical Bill
2. Elaun Ward – RM150/day
3. Elaun ICU – RM100/day
4. Elaun Surgery – RM12,500 p.a
5. Elaun Penyakit Kritikal – RM20,000
6. Elaun Kematian dan Kecacatan Kekal – up to RM50,000.
7. Nilai Saving – RM17k ++ (ketika umur 18 tahun)
Apa yang boleh rumuskan disini, untuk anak saya memilih:
1. SSPN - sekadar syarat untuk layak memohon PTPTN
2. Tabung Haji - sebagai main saving & perancangan rukun haji
3. ASB/ASW - sebagai saving ke-2 (masa depan & pendidikan)
4. Prudential BSN - untuk medical coverage & 2nd source for eduction fund!
Ok, apa salahnya kita melabur sedikit untuk masa depan anak-anak kita. Bukan apa, sekiranya terjadi apa-apa yang buruk kepada kita sekurang-kurangnya ada sedikit bekalan untuk anak-anak kita.

Thank you and wassalam.

p/s: ambil insuran ni melalui agen K sebab puashati dengan cara agen K uruskan my investment in unit trust equity currently. Bila price drop! agen K akan call “nk tambah x?”, bile ada unit murah! agen K call lg tanya “nk switch unit x?ke nak beli tambah?”, bile price naik! call juga “nk jual x?lepas tu beli unit lain..”.end!

2 comments:

gapogak said... [Reply to comment]

Prudential BSN tu bagus. Baru je apply last week. :)

feizal said... [Reply to comment]

yup..xsalah melabur skit untuk anak2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...