Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Sunday, January 2, 2011

Ada Apa Dengan SSPN??



Assalamualaikum, entri kali ini saya rasa mungkin berguna untuk para abah dan kaum ibu yang sedang mencari-cari skim/tabungan yang terbaik untuk masa depan anak-anak. 

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kos hidup makin tinggi,kita sebagai ibubapa perlu menyediakan satu backup plan untuk masa depan anak-anak kita. Jangan nanti, tergagau-gagau mana hendak cari duit buat bayar yuran universiti anak, bayar kos perubatan anak, macam-macam lagi la.

Sekarang ni terdapat banyak alternatif untuk kita pilih sebagai simpanan atau backup plan untuk masa depan anak kita. Kita ada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), kita ada Amanah Saham Didik (ASD), kita ada Tabung Taji (TH), kita ada Educational Takafful dan bla..bla..macam lagi.

Tapi untuk entri kali ni, saya nak share dulu pasal SSPN. Apa ada dengan SSPN ni? SSPN adalah satu jenis akaun simpanan pendidikan yang diilhamkan oleh pihak kerajaan, yang juga sebagai syarat untuk melayakkan anak-anak kita memohon pinjaman PTPTN. Mengapa perlu kerajaan kita buat syarat macam ini?

Ok, ini pendapat peribadi saya la kan, apa yang kita semua tahu sumber utama PTPTN dalam memberi pinjaman pada anak-anak kita adalah dari KWSP. Tapi sampai bila KWSP boleh jadi funder untuk PTPTN? Mungkin sebab ini la pihak kerajaan kita terpaksa mencari sumber lain. Nah! Maka timbul lah idea SSPN ni. Dan kalau korang perasan, hendak keluarkan simpanan dari SSPN ni ada syaratnya. Pengeluaran hanya boleh sekali dalam setahun dan nilai maksimum RM500/- atau 10% dari jumlah simpanan (mana lebih rendah). Kalau tiada syarat ni, tak guna la kerajaan kita wujud kan SSPN. Betul tak?

Rasanya, kekurangan SSPN hanya pada syarat pengeluaran dia jer. Ops!selain dari dividen yang dibayar agak rendah berbanding  dengan Amanah Saham Didik (ASD).  Untuk tahun 2010, dividen untuk SSPN belum lagi diumumkan tapi jangan la serendah tahun 2009. Berikut adalah trend dividen yang dibayar SSPN sejak 2004.
Trend agihan dividen SSPN
Apa pula kelebihan SSPN ni? Dengan SSPN ni, banyak jaminan yang diberikan oleh kerajaan kita, saya ulang..dari kerajaan! Kira bukan sebarang jaminan la kan. Bukan sekadar dapat buat pinjaman dari PTPTN, SSPN juga;

1. Potongan Cukai
Bagi mereka yang belum layak untuk bayar cukai, mungkin tidak rasa kelebihan yang ini. Tapi bagi mereka yang layak/wajib bayar cukai, pelepasan sebanyak RM3,000 setahun adalah sesuatu yang melegakan.

2. Perlindungan Insuran
Bagi mereka yang mempunyai deposit minimum RM1,000, mereka secara automatic dilindungi oleh insuran sebanyak RM50,000. Maksud perlindungan insuran ini macam ni, contoh kalau siAyah kepada siAnak ni meninggal dunia, secara automatic wang pampasan sehingga RM50,000 akan dimasukkan kedalam akaun SSPN siAnak. Satu jaminan yang bagus kan?

3. Geran Sepandan
Ini bagi ibu bapa yang berpendapatan isirumah kurang daripada kurang RM2,000. Untuk golongan ini, mereka layak untuk menerima hadiah (geran) dari pihak SSPN sekiranya anak mereka seorang pelajar cemerlang yang berjaya melanjutkan pengajian di IPT.

4. Jaminan Pihak Kerajaan
Sedikit sebanyak ia akan melegakan kita sekiranya ada jaminan oleh pihak kerajaan!

Untuk info yang lebih lanjut berkenaan baik dan buruk SSPN ni, rujuk sini.

Personally, saya tidak berapa berkenan dengan SSPN ni. Saya buka akaun pun cuma sebagai syarat incase memerlukan pinjaman PTPTN untuk anak saya kelak.

p/s: Hendak tahu plan apa yang saya ambil untuk anak saya?? Tunggu entri selepas ini. Peace!

p/ss: Thanks pada pakdi and chemie!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...