Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Sunday, August 28, 2011

Nama2 Malaikat yang Wajib Diketahui..

Salam guys,
Tadi awak terbaca nama-nama Malaikat..terasa malu dengan diri sendiri bila tak boleh nak ingat nama2 Malaikat yang wajib/patut kita tahu sebagai umat islam.. Serius tak lengkap iman kalau tak ingat 10 nama wajib para Malaikat!Chop2...apa pasal saya cakap iman tak lengkap?? Cuba baca rukun iman sekarang...cepat!
  • Pertama, Beriman kepada Allah s.w.t
  • Ke-2, Beriman kepada Malaikat
  • Ke-3, Beriman kepada Kitab
  • Ke-4, Beriman kepada Rasul
  • Ke-5, Beriman kepada Hari Akhirat
  • Ke-6, Beriman kepada Qada' dan Qadar
Tengok! beriman kepada Malaikat nih rukun iman kedua (penting nih!) selepas beriman kepada Allaw s.w.t.. Maksudnya disini,  
Setiap orang muslim WAJIB beriman kepada kewujudan Malaikat yang mempunyai sifat-sifat dan tugas-tugas tertentu berdasarkan wahyu dan hadis yang disampaikan oleh Nabi s.a.w.


Nak ingat semua nama-nama para Malaikat Allah nie memang payah..sebabnya terlalu banyak dan ada yang tidak diketahui kecuali Allah s.w.t. Tapi..antara yang wajib diketahui adalah;
  1. JIBRIL - Tugas menyampaikan wahyu kepada Nabi dan Rasul.
  2. MIKAIL - Malaikat yang membahagikan rezeki dan menurunkan sebab-2nya.
  3. ISRAFIL - Malaikat yang ditugaskan untuk meniup sangkakala.
  4. IZRAIL - Ditugaskan untuk mengambil nyawa sekalian makhluk Allah s.w.t.
  5. RAQIB dan 'ATID - Mencatat segala amalan baik dan jahat
  6. RIDWAN - Malaikat yang menjaga dan menguruskan syurga dan ahlinya.
  7. MALIK - Menguruskan neraka dan azab ahlinya!
  8. MUNGKAR dan NAKIR - Malaikat yang akan menyoal ahli kubur dan menyeksa mereka yang kufur dan fasiq kepada Allah s.w.t.
Sekadar perkongsian ilmu untuk diri sendiri dan Anak2 Abah sekalian...juga untuk sahabat2 se'muslim. Insyallah!

Wassalam.. 

2 comments:

anumuchan said... [Reply to comment]

thanks for sharing :)

selamat hari raya :)

Feizal said... [Reply to comment]

@アヌム ちゃん
sama2...salam aidilfitri untuk keluarga smua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...