Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Friday, December 24, 2010

AnakAbah Dah Seminggu Dah!


Hari ni, 24 Dec 2010 genap sudah seminggu AnakAbah lahir. Alhamdulillah, sejak lahir qamilia tak banyak ragam.. menangis malam-malam minta susu tu biasa la.Abah tak kisah!hehehe. Abah ngan mama happy sangat dengan adanya Melia,BudakBushuk! Sekarang pukul 5 je abah dah balik kerja, takde macam dulu dah..tengah hari pun abah balik kejap, nak cium Melia. Abah sayang Melia!

Tapi Melia memang banyak minum susu, kering mama dia kerjakan. nak tak nak kena kasi susu formula jugak. Abah memang tak suka Melia minum formula, kalau boleh abah nak Melia besar dengan susu mama je. Islam pun menggalakkan supaya bayi diberikan susu sejak dia dilahirkan, dalam surah Al-Baqarah ayat 233 ada menyebut;
"Dan ibu-ibu hendak lah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyususan itu"
Kesian mama, dalam duk tahan sakit
(sakit lepas bersalin tak hilang lagi) tu mama masih lagi berusaha nak menyusukan Melia. Nampak senang tapi payah sebenarnya nak menyusu badan ni..mama punya ****** sampai melecet la, berdarah-darah..kesian mama! Melia pernah je minum susu ngan darah. Itu belum lagi sakit sebab bengkak,ishk..ishk..kesian mama!

Meh abah share sikit pasal khasiat susu ibu ni, buka baik untuk Melia je, mama pun sama dapat manfaat! (info dari SN Pn.Noraini,Hospital KPJ Selangor & google, kredit kat MakBudak)

1. Perut Melia insya-Allah tak kembung, tiada nangis malam-malam dah!hehehe. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah kembung perut Insya-Allah tidak akan ada. lagi, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit,lelah dan ekzema.

2. Susu mama ni ready stock dan siap di'steril secara neutral..bebas dari sebarang kuman dan bakteria. Tidak kira lama mana pun diperam susu mama tidak akan basi!

3. Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu atau sesetengah formula. Kuasa Allah s.w.t tu. Melia nak pandai kan.

4. Mencegah dari penyakit macam rabun malam, taun (memang bahaya kalau kena dekat bayi), jangkitan telinga dan banyak lagi la. Abah-abah sila google ok!

5. Mencegah bayi dari mendapat alahan, tapi mama pun kena la jugak jaga kebersihan.

6. Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan atau susu tepung.

Sebenar banyak lagi manfaat penyusuan ibu ni, para abah kat luar sana tu rajin-rajin kan lah pergi google info2 jangan nak lepas tangan pada isteri je.

psst: kasi nasihat macam la awak tu bagus sangat!

1 comments:

Cik Puan Nurul said... [Reply to comment]

kagummmm sangat..sesekali bapa juga harus memberi pendapatnya..sbb bapa adalah pemimpin sedih sebab ada bapa yg xizinkan bini bg anak susu ibu suh stopla apa la..huhu hope melia minum susu ibu selagi boleh yeaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...