Nuffnang Ads

"B.U.A.ifeizal adalah blog picisan seorang ABAH yang ingin berkongsi sesuatu dengan AnakAbah™. AnakMak macam mana?? Jangan risau, AnakAtuk AnakTokyang semua boleh. AnakIkan jer boleh main jauh jauh!"

Friday, April 29, 2011

Projek Terbaru Mama - Part II

Salam,
Rentetan dari projek terbaru mama hari tue, eh!projek mana nih?projek tue ker?ah!tak payah susah2 fikir, kalau nak tahu boleh jer jengok kat sini..
.
.
.
.
.
.
Dah baca dah.. dan inilah hasilnya..Syabas ma,u have done a great job!
Antara hasil tangan mama, paling abah suke cekak bunga pink tue...

Setakat hari nie, baru sebelah je kasut Melia siap.. abah suka, comel!

p/s: tapi ma, abah masih lagi tunggu mama kait baju untuk Melia nie..hehe.

Thursday, April 28, 2011

AMRAFAHAN : Cerita Mengarut Aku!

(maaf bahasa kali agak kasar..ini bukan bahasa blog ini, ini bahasa budak pendek akal yang nak mencarut mengarut!)

Straight to point, aku memang bengang giler ngan budak 3 orang nih..pagi2 lagi datang gegar  rumah orang,takde salam takde ape main redah jer masuk rumah orang! Time tu aku tengah sedap jer duk layan jagung...terkejut beruk mak,nok..sib baik tak jadi macam kat bawah nih. Hampeh punyer budak!
Image ehsan dari pakcik google!
"Pakcik, Melia mane pakcik?mane die?" jerit salah sorang budak tue.
"Ko kenape cari anak aku?ko nak buat ape ngan die?tuh!sane tuh anak aku..tengah baek duk layan counter strike tue.."
"Ah!pakcik tak payah masuk campur hal orang muda!kami datang nak CUKUR  JAMBUL die.. sebab jambul die la semua budak2 hensem kat taman ni nak kenen die..abis takkan kami nak tengok jer! kami pun nak jugak.."

Wednesday, April 27, 2011

Ini Entri Khas

Salam,
Entri nie saya buat atas dasar persahabatan dan tanda terima kasih saya pada tuan empunya blog ni yang selama ini banyak membantu saya dalam dunia blog nih. Jujur saya katakan, blog ini banyak dan tak lokek untuk berkongsi ilmu tentang segala benda..tiada tema, tiada genre yang boleh membatas kan idea beliau.

Siapa yang saya maksudkan?anda tengok badge bawah ni.. saya yakin anda semua kenal ngan beliau!or feel free to say hi @ hasrulhassan.blogspot.com.
Oh!ya, anda juga boleh support bro hasrul hassan untuk DiGi wwow Awards. Klik sini..

p/s: Thanks bro, atas segala tunjuk ajar.

Subhanallah... Tolong Doakan Makcik nie!


Salam,
Memang aku takut dengan ape yang dah jadi...tadi tengok FB makcik kat atas tue, anda tengok, anda renungkan la. Mengucap panjang, tak sanggup nak baca komen-komen dia..mintak2 la bertaubat, mari pakat sama-sama doakan makcik nie supaya ditunjukkan jalan yang benar.

Serius saya memang takut dengan keadaan yang jadi sekarang ni, dunia dah tak LAMA dah. Jangan sesekali lupa solat kawan2, solat penawar segalanya. Insyallah.

Tuesday, April 26, 2011

Tag Bendera Negeri Untuk Blogger

image dari nyetok.com
Salam,
Tadi duk main2 dengan pakcik google nak cari lagu negeri kelantan, terjumpa dengan tag-tag negeri nie... letak kat sidebar pun smart nih! Kalau pandai main ngan code html tu, boleh la buat widget macam widget upin ipin tue.

Sekadar ingin berkongsi, kredit penuh kepada nyetok.com. atau boleh terus keblog beliau.
Ada 20 set semuanya, klik untuk download:

Tadi saya dah buat widget dengan tag negeri kelantan tu, saya edit kasi senget sikit...tapi tak sampai 5 minit letak, kena sound ngan bini, maklum la bini orang selangor. Suami mithali kena la ikut cakap bini kan der..Eh!mana ada takut.hehe..


p/s: aku bangga jadi anak kelantan, perasan tak yang blog ni pkai kaler bendera kelantan. wohha!

p/s2: Ops!malam nie kelantan menang 1-0 lawan selangor. Yang, selangor kalah la..wohha lagi haha...

Monday, April 25, 2011

Pantang Larang Untuk Penyakit Kanser

Salam,
Pantang larang untuk penyakit kanser. Tadi terjumpa kertas usang dalam wallet...buka tengok, jelas tertulis "pantang larang penyakit kanser".. kepala terus ingat arwah mak.

Diward Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu..2 hari sebelum arwah mak meninggal, ada seorang pakcik tegur tanya mak sakit apa, kesian tengok mak duk menahan sakit agaknya. "Mak ada lymphoma...kanser hati" itu yang dibagitahu doctor. Pakcik tu terus tarik tangan saya, pergi dekat katil tempat isteri dia yang juga mengidap penyakit sama.

"isteri pakcik ni dulu sama macam mak kamu, sekarang ni alhamdulillah... dah semakin sihat".

Bila tengok isteri pakcik tu boleh sembuh, hati ni lega sangat.. tapi tuhan lebih sayangkan arwah mak, umur mak tak panjang. Semoga roh mak dicucuri rahmat dari-NYA dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin.. Al-fatihah untuk arwah mak..

Banyak yang pakcik ni nasihatkan, tak kurang dengan kata2 semangat..kita kena kuat..kena banyak sabar bila jaga orang sakit.

Sekadar perkongsian, saya nak share tentang pantang larang bagi pengidap kanser yang diamalkan sendiri oleh isteri pakcik ni.

Ben Cari Blog Baru Lah!


Salam,
Kali ni nak try segmen bro Ben Ashari pulak, segmen kali ni bertujuan nak kumpul geng2 blogger yang baru berjinak2 dengan dunia blog. Boleh check sini...

5 blog baru yang selalu saya masuk:

Dan, 5 blog otai yang saya suka lawat:


p/s: Jom reramai kita vote bro Ben tuk Digi Awards plak... Klik  sini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...